November 19, 2011

semester empat :)

assalamualaikum ;

mood happy je sejak dua tiga hari nh. hehe.
alhamdulillah selamat tiba kedah pagi rabu aritu  dengan selamat. walaupun ada beberapa benda nak jadi. hmm. mule-mule kena tukar bas. then bas yang baru tuh mcm semput je, so tak boleh bawak laju. dah tu masa beli tiket cakap direct ke alor setar. tibe2 je singgah butterworth dgn sp. dalam pukul 7pg baru sampai. pening kepala duduk dalam bas. sampai muntah-muntah. demmmit. mmg lepas nh takde hati dah kat eagle ekspress.

ok, lupakan pasal tu. entry hari nh nak cakap aku dah selamat jadi senior part four. haha. daftar khamis lepas. semua ok. cume je sem nh beratur panjang berjela. tak mcm sem lepas. kejap je dah selesai.  sampai berpeluh ketiak tunggu. biaselah. pengurusan kptm kan. malas nak cakap banyak. so, habes je daftar tu tgk namelist dgn jadual untuk semester empat nh kat puyu. alhamdulillah dapat kelas yang sama dgn kawan-kawan yang sama untuk tiga sem berturut-turut. takut jugak la kan tibe-tibe tercampak kelas lain. naseb baik tak. :)

part best tgk nama terpampang stay kelas lama.


part tak best bile tgk jadual nh haa. mmg la agd takde kelas ahad tu. tapi tgk la hari isnin tu. mcm  nak mati belaja direct dari pukul 8pg sampai 6petang tanpa gap. dah tu ari hari-hari balek pukul ENAM! haish. naseb la sementara je. harap minggu depan dapat jadual yang relex sikit :)

so, lepas makan terus settel bil-bil tertunggak selama cuti sebulan nh. yang penting bil stremyx dulu la. haha. tertunggak sampai RM500 lebeh. naseb la tak kena marah. duit rumah pun owner cekik darah dah dtg kutip td. dah tu dia mintak kunci pagar. sebab baru je tukar. mcm mana nak bg. kunci dua je pun. siap pesan lagi suruh duplicate bagai. lepas nh dia dtg kutip. ntah pape je. sekarang tinggal nak bayar bil air/api je. hmm. pokai lah. pinjaman tak masuk lagi. lepas nh nak beli buku lg. haish. pening kepala fikir. tapi takpe. pelahan insya-allah semau dipermudahkan. amin~

bila wifi dah sambung, apalagi semua serbu nak online sampai sekarang. haha. nak layan maharajalawakmega lagi, facebook lagi. blogger lagi. haha. macam-macam. tapi takpe kelas tak mule lagi. amek la kesempatan nh tidur lambat, date dgn pakwe ke. haha. nanti busy dgn kelas tak boleh buat dah. hehe :P so, bye assalamualaikum.


sebelum pergi daftar. *abaikan senyuman yang fake-fake tuh. haha.aku sndiri tgk pun meyampah. =,=

November 14, 2011

goodbye !

assalamualaikum ;

lagi 26jam lagi sebelum nak pergi kedah. cepat-cepat la esok. tak sabar nak balik nh. rindu semua kat kedah tu. yes. dekat seremban aku tak bahagia/seronok macam kat kedah. maksud aku, kat kedah boleh keluar anytime dengan kawan/pakwe. nak buat apa pun tak kesah. janji pandai jage diri dah. cuma kat seremban tak pernah tak cukup duit. nak duit, anytime mintak je kat ayah. mesti bagi. tapi ada duit pun nak pegi mana je. mak bukan bagi pun nak lepak sana sini. so, dengan duit tu, aku habiskan dengan coolblog. haha. puas hati. hmm. duit bukan segalanya kan. buat apa ada duit tapi tak bahagia. kat kedah even tengah pokai pun, seronok je.

tadi bangah  balik kelantan, esok aku pulak balik kedah. hehe. tinggal lah mak ayah, alang dgn sorang budak bodoh nh. ko boleh berambus la. semak tgk muka ko! ahh. persetankan semua nh. sepanjang aku cuti sem, bergaduh je dgn dia. tapi aku sabar. tapi tadi mulut dia dah sama level dgn anjing. sukahati aku la aku nak tgk cerite apa pun, ko sibuk kenapa? ko tgk tv, aku tak penah kacau. astro tuh bukan ko bayar pun. mulut ko dengan longkang sama busuk weh. huh!
kalau boleh tumbuk, dah lama ko arwah! haha.

okk. sekarang lupakan budak bodoh kat atas tuh. lupakan semua. now, tengah packing segala macam barang nak bawak balik kedah nh. haha. tak sabar sangat. dokumen penting pun semua dah siap. tinggal pack baju dengan barang electronic je nh. tu semua besok boleh buat.

1. surat daftar
2. bank slip utk yuran daftar
3. tiket bas eagle ekspres

beg blm siap kemas lg. tak tahu nak bawak bear ke tak. :)

dalam excited nak balik, tapi sedih sebab kena tinggalkan orang/benda yang aku sayang. hmm ;

  • fisrt ; mak dengan ayah. :(

 
  • second ; insyirah and munirah :(
     
  • segala jenis yang mak masak :(
       

  • channel-channel tv kesayangan. lepas nh tak boleh tgk hari-hari dah :
  1. channel 393-one hd ; running man.
  2. channel 701-axn ; segala episod csi miami/ny, leverage, hawai five-o.
  3. channel 710-fox ; terra nova, ncis.
  4.  channel 712-star world ; junior masterchef, hell kitchen, ANTM, guilliana & bill, kardashian's.
tapi dalam masa yang sama tak sabar nak jumpe/buat ;
  • pakwe. hihi ^^
  • kawan-kawan
  • kolej/lecturer
  • jiran sebelah anak cina ; miemie dgn didi
  • abe-abe insaniah. haha :P
  • shopping kat tesco/longwan
  • merendek malam-malam
  • pegi makan ramai-ramai
hmm. macam-macam lah aku ni kan. ok lah. nanti buat entry lain eh. byeee :)

November 6, 2011

malam raya aidiladha' :D

assalamualaikum ;
pertama sekali aku nak ucapkan ;

▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ஜ۩۞۩ஜ ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
♥♥♥ SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA MAAF ZAHIR&BATIN ♥♥♥

▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ஜ۩۞۩ஜ ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬

*copy paste dari kak bas ja pun. hehe :P


kedua sekali. haha. *sambungan dari pertama sekali* sekarang jam kat screen laptop pukul 4:45 a.m. dan aku masih macam biase still lagi dah bole tidur. lagi bapa jam je lagi nak semayang raya nh. insya-allah kalau aku bole "bangun" mesti pergi. kalau tak semayang dalam mimpi je lahh. haha.

ketiga sekali. nak cakap pasal malam raya. hmm. macam biase umah aku wajib ada takbir tiap-tiap tahun. and menu tahun nh mak aku nak ala-ala barat sikit. nak buat sandwish plak, nasib ada menu kampung ; lemang-rendang ayam/daging and beberapa kudapan untuk mengunyah.
dalam pukul 2 mcm tu mak masuk bilik suruh bangun pastu pi giant beli barang. haha *cuak. ingatkan nak marah td bgn lambat. hihi :D so, dah habis beli, balik and kemas rumah then siapkan sandwish tak seberapa tuh. hehe. alhamdulillah orang datang takbir  tadi berpuas hati dengan menu barat tersebut. haha :)

yang ke-empat pulak ; habis je takbir, kemas-kemas then layan running man kat youtube dlm bilik pastu dgr bising-bising kat luar. ohh. along baru sampai. yang bising tuh insyirah sebab dapat mainan baru. kecohnya sampai satu umah dengar. padahal LEGO je pun. hihi. aku pun apalagi, berlagak macam aku yang punye, main la dgn si kecik tu. sampai berebut nak buat dulu. ni lah hasilnya. tak seberapa. tapi aku bangga boleh kalahkan insyirah. kahkahkah :D



haha. meet mr. gajah *belalai dgn ekor mmg tercacat. :)


percubaan kedua. mr. robot. *tgk kaki insyirah hampir nak sepak. nasib baik sempat halang. hihi :D


insyirah mengamuk sebab percubaan nk hancurkan mr. robot tak berjaya. haha. *cepat2 aku lari masa dia nanges nh. :P

**takziah  kpd kakak membe kawan aku. meninggal excident. 
**tadi aku baca blog budak nh. aku tak pernah kenal apalagi berjumpe. entry dia pasal bf dia curang. kesian sangat. tapi takde jodoh kan. even aku tak kenal dia langsung, tapi aku harap engkau kuat. tenangkan diri dulu buat seketika. chill beb ! semua nh ada hikmah. doakan yang terbaik utk ko. *terharu aku baca entry dia tadi walaupun taktau pape pun pasal dia. hope lelaki-lelaki kat luar tuh, hargailah pasangan anda sebaik mungkin. :D

November 4, 2011

result !

assalamualaikum ;

hmmm. setelah tiga jam tunggu result kat emel akhirnya baru dapat tengok. uisshhaaii. giler la teruk. tapi mmg da expect pun mcm nh. pointer jatuh! cgpa ciput lah ai naikya pun ! paling aku tak bole blah volleyball aku kenapa boleh C ? sikit lagi buat aku repeat tau? ntah pape je la. dammmmitt. tapi bersyukur takde apa yang repeat. cume tanggapan aku untuk CTU tak penah tak betul. kalau nak A, skor lah CTU. hehe :D CSC B+ kot. siyes aku tak jawab CSC tu nak tak nak je. ntah la. redo je lahh. next sem buat betul-betul. jangan main-main. haha. ni lah je ayat aku kan. tapi tak penah nak ubah pun. jap. jap. aku bg buktinye.
haa. amek. aku tak tipu eh. volleyball aku memang C demmitt ! haishh! tapi still alhamdulillah semua lulus :D


hmm. ni aku edit. mana boleh tgk semua kan. aku nak korang fokus kat VB tu je. haishh. apa la. sir janji aritu kalau dtg buat test konfem A. ni lain plak. sir tipu laa. musnah tau harapan saya sir. bersungguh-sungguh buat test yang ntah mcm apa je pun. mcm2 gaya nak buat. hasilnya C ok!

November 3, 2011

tagged #2



  •  aku cantik tak? HAHA :D *soalan minx kaki neh. 


           = yes. you're beautiful anum. semua yang allah ciptakan semua cantik-cantik. so, bersyukur tau! :D
  • bagi aku tips nak kurus dengan cepat plish! sila senaraikan sekurang2nya 5 tips. sila perah otak sekarang                                   
         
   = satu ; akak takde tips nak kongsi. :)

           = dua ; kalau ada, mesti badan akak tak macam nh sekarang. haha :P
           = tiga  ; selagi sihat, tak payah la nak kurus. penah dgr tak even kita nh XL++, still menarik. 
and seksi. haha xD
           = empat ; kalau kurus tapi ada penyakit, tak gune jugak kan? yang penting sentiasa sihat ^^
         = lima ; malas nak fikir dah. yang penting bersyukur dgn apa yang ada * haha bersyukur lagi :D

  • between BF/GF and friends. ampa pilih yang mana? and why?
    = tak tau la. bagi akak dua-dua sama penting. but selagi BF tu blm jadi suaami, kawan tetap yang terpenting. sebab dengan kawan-kawan kita boleh share semua benda. tapi dengan BF boleh ke? tapi macam mana pun, dua-dua akak sayang :)


  • harta,pangkat,darjat, perlu ka jadi kayu pengukur dalam sesuatu hubungan? sila jawab and jelaskan jawapan anda.

         = kalau dalam kehidupan maybe yes, tapi bukan semua. kalau dalam hubungan? tidak sama sekali. sebab benda-benda nh semua tak jamin hubungan tu kekal sampai bila-bila kan. selalu yang bercerai berai nh semua berharta, berpangkat. so, dalam satu perhubungan yang penting saling sayang,cinta satu sama lain, jujur, setia and percaya satu sama lain :)

  • raya haji neh raya kat mana? baju raya kaler apa? berapa pasang? sama dengan BF/GF x temanya?
       = raya haji nh kat rumah je sebab rumah dekat dengan masjid, so tgk lembu sembelih kat masjid je. tak penah pakai baju raya utk sambut raya haji nh. selalu bangun, semayang makan-makan then sambung tidur balik. bangun je tgk lembu.haha :D . sama dengan BF? tak la. dia baju raya pun takde. hihi :P


  • aku mangsa ketagihan facebook. ampa camtu x? slalunya online bapa lama? apa yang ampa buat,online lama2?

             = akak pun lebih kurang je nh. ikut la bapa lama. kalau macam dah bosan, tutup then sambung balek. benda first aku buka mestilah FB then blogger. hihi. :P


  • senaraikan perangai buruk anda. berapa pun tak kisah lah. saja ja nak tau. jujur k. no tipu2

             = suka kentut kuat-kuat sebelum tidur. kawan-kawan selalu jadi mangsa. 
tapi takde bau ok. haha. baru lena tido. kahkah ^^
             = tidur wajib berdengkur. haha. kesian kawan-kawan aku. tahan je la eh. tak boleh ubah dah ^^
             = suke minta tolong kawan-kawan utk benda kecik contoh "tolong tutup lampu jap", 
"tolong jap amek barang katatas", haha. selalu jadi mangsa ath la. :)
= susah kawal pundi kencing. haha. n xD


  •  kawan yang sama jantina or yang berlainan jantina lagi best? why?

             = dua-dua best sebab banyak benda, tips, pengalaman boleh kongsi bersama tau? so, hargai lah dua-dua kawan anda.

  • BF/GF terlalu mengongkong. tindakan and camna nak hadapinya?

             = mengongkong? tak pernah la pulak setakat nh. harap-harap tak la. kalau dapat mcm nh senang je first kita  cakaplah kita tak suke kongkong2 nh. kalau dia tak dengar jugak is time
 to say bye-bye boyfriend. kihkihki3 :D

  • kepada girls, ampa semua suka make up x? kalau lelaki, suka x awek yang pakai make up?

              = aku girls of coz la make up kan. tapi ikut keadaan jugak. kalau setakat nak pg tesco depan umah, nak gi makan ke tak payah la tepek compact tebal2, tak payah pakai celak mcm panda. ahha. selalu kalau nak hangout je, baru makeup sikit. tu pun compact, eyeliner, contacts ngn limp balm je. kalau pakai spek, tak payah eyeliner. nanti tak nampak. so, lelaki tak kan tak suke GF lawa-lawa kan. lainlah kalau GF kau makeup mcm badut tak pun mcm opera china tuh. haha ^^

  • kalau boy/girl ampa ramai kawan lelaki/perempuan (berlainan jantina), ampa jelez dak? apa tindakan ampa? (kalau tadak, buat2 ada sudah.

 =tipulah kalau tak jeles. tapi ikut la mcm mana tindak tanduk diorang kan. kalau rapat semacam bukan kaw dh. lain jadinya. yang penting percaya pasangan. well, tepuk sebelah tangan tak kan 
bunyi kan? pandai-pandai  lah fikir ya. tak salah nak kawan. janji tau batas tu mcm mana :)


so, selesailah tugas akak yang anum tagged. sorry jawapan untuk 2 entry khas tuk anum nh panjang berjela-jela macam karangan dah. and sorry kalau akak tak ikut rules tu ya. hehe. terima kasih tau :)

tagged #1

assalamualaikum ;

haaa. hari ni nak cakap TAGGED. tau tak apa? jangan tanya aku, sbb aku pun first time nh. so, aku cuba yang tebaik. *mcm nak jawab exam nh.

first of all thanks to my Jr ; Sis Anum - orang bertanggungjawab aku buat entry kali nh. so, lets look the question and anwser it. oh yeah! *semangat

sebelum tuh benda alah nh ada RULES jugak ok. tapi aku nak tukar sikit. ada 3 je. yang lain tu mcm tak payah kot. sbb aku tak reti nak tag-tag orang. hihi ^^ ;

  1. bagituhu apa rules dia.
  2. 11 point tentang aku
  3. jawab semua soalan dengan betul. paling penting jujur.
so, paham kan rules dia mcm mana. sng je. siap aku translate lagi. haha.

rules one: dah tulis dah pun. so, misi selesai !

rules two - ni kena bagi aku masa. ok DONE ! :)
'11 things about yourself'
  1.  seorang budak bernama NURUL BASYIRAH KAMARUDIN. family pgl aku nurul, yang lain bas je. napa bas? eh, ikut suka aku la. nama aku kan. hehe. aku dilahirkan di negeri yang baru menang PIALA MALAYSIA tu. alaa. yang kalahkan ganu tuh. haa-negeri sembilan la. haha. *saja nak mention. then aku ada 5 siblings. 4 abang and 1 maybe tersesat kot. haha :)
  2. aku sekarang tercampak nun jauh utara tu utk mendapatkan segulung diploma and disusuli dengan ijazah *insya-allah dekat poly-tech mara alor setar, kedah dengan mengambil course aliran UiTM-office management selama 2 tahun 6 bulan. sekarang aku nak masuk semester empat pada 17/11 nh. hope result kali ini ok sama macam semester2 lepas. aminn~ 
  3. apa lagi ea?? jap. pikir. ohh ok. aku memang gilakan kucing. fisrt BLACKIS-kucing hitam, garang and ada ekor pendek  terbantut gara-gara tersepit kat pintu kete. sebabkan balckis, aku dapat 3 kali suntikan kancing gigi-tapi mmg tak penah kena la. just nak bagi pencengahan je sebab banyak sangat kena gigit, cakar and mcm2 lagi. tapi aku still sayang kat dia sampai sekarang even dia dah mati pada 6 january 05. mmg aku down giler masa dia takde. sampaikan seminggu aku takgi sekolah. second is TIGER-kucing nh comel, baik, manja and dengar cakap aku. tapi takde rezeki lagi bila dia hilang tak balik sampai sekarang. last aku jumpe dia masa nak pg belajar kat kedah, balik2 je mak cakap dia tak balik dah seminggu. lagi lah aku down.cari macam nak gile. takpe. aku reda. now, rumah aku still banyak kucing, semua aku sayang tapi aku still takde lagi kucing pengganti sebab aku dah trauma! :')
  4. aku seorang yang kuat makan-tipulah kalau tak kan. tgk bdn pun tau. haha. even ramai suruh aku diet, kurus still tak bole sebab bagi aku makan banyak mana pun berat aku dalam 65-75 je. tak caye? peduli apa aku. badan aku, taulah nak jaga. haha. insya-allah satu hari nanti eh. sapa taknak kuruskan. buat masa sekarang, aku bersyukur je as long as aku takde penyakit2 kronik. alhamdulilah :)
  5. makanan feveret aku mestilah sambal. aku makan semua jenis sambal. sebab orang n9 kan mkn pedas. so, dah biasa. kalau ta pedas tuh, mcm tak lengkap je makan. apa yang aku tak makan benda-benda pelik, makanan yg kau jarang jumpe and sayur yang lembik bila dah masak macam tomato, bendi, terung, petola dan banyak lagi. sayur fav aku kangkung, sawi and kailan. ramai tak suke sebab pahit kan? haha :P
  6. and lagi apa pulak? ohh ya.aku seorang yang suka ketawa, gelak besar and kuat-kuat. tak suke? tak heran lah. sebab selagi aku boleh happy, biar lah kan? kalau keluar dengan member, ada je benda nak gelak. ada je benda kelakar kiteorang buat. tak caya? pi lah tanya diorang semua. haha. and aku jugak jarang nanges!
  7. aku susah nak share personal kat sape-sape. even kawan baik aku pun. apalagi kalau ada masalah kan? bagi aku selagi boleh settel sendiri, aku go on. aku nak share pun benda yang penting je aku rasa. satu lagi aku tak pandai selesaikan masalah orang secara private. paham?macam sorang ada prob, ramai-ramai bagi pandangan aku tak kesah. tapi kalau aku sorang je, mmg tak pandai. haish :/
  8. aku ni banyak cakap, tapi tak tau nak mulakan something tu mcm mana. mcm jumpe kawan baru ke, pastu keluar dgn kawan berdua ke, memang aku tak pandai. biasanya aku akan jawab je diorang tanya tapi bila dah cakap, mmg susah nak berhenti. cume bila dengan family aku banyak diam. taktau nak cakap apa. hehe. kelakar? aku rasa ada sikit la. aku suka buat kawan-kawan aku ketawa je. taknak la sedih-sedih.
  9. fakta ke9 - selain sukekan kucing, aku jugak sukakan budak-budak. baby aku kurang sebab ragam dia banyak sangat. budak tu comel ke tak aku tak kesah, janji dia selesa and boleh buat apa je.  lagi-lagi bila dia tersenyum je.  and aku annonying gile kalau budak or baby kuat nanges. sikit2 nanges. ishh. rimas tau tak? haha. tapi aku suke sakat insyirah. ada je benda aku nak usik. selagi muke tak cembeng selagi tu aku kacau. kalau dia nanges, cepat-cepat aku lari. haha :)
  10. lagi satu aku tak pandai nak romantik ke manja ke or apa-apa je yang berkenaan. mmg aku tak dilahirkan mcm tu, so maaf ya. contoh bila mkn nak suap-suap. macam ada member mintak mknan sikit ke then suruh suap. haish. tangan ada kan? so, guna la. *ramai member aku suka komplen. ala suap pakai sudu je pun. sorry ya kawan-kawan *peace! pujuk? lagi la aku tak pandai. kalau aku salah, yes aku akn pujuk sekali. tapi kalau mengedik nak merajuk lama-lama, dah bole jalan dah. bye-bye je aku cakap. haha :)
  11. lastly is aku suke bergambar. even takde camere mahal ke hp mahal ke takpe. janji aku nak bergambar jugak. haha. selalu nya hp kawan-kawan or hp dia akan jadi mangsa. hehe. lepas tuh kalu bergambar aku suka senyum sampai ke telinga then nampak lesung pipit. haha. comel tak, comel tak?? kahkah. mesti korang geli kan? sebab tu aku letak last-last sekali. pandai tak? hihi :D

so, cukup la 11 pasal aku. panjang kan? selamat membaca. kalau bosan, rehat dulu then baca balik. kahkahkah ^^, tapi ada lagi satu tak selesai. aku tak jawab lagi soalan-soalan junior aku tuh. hehe. merajuk nanti dia. soalan tu akak jawab next entry ya dek. panjang sgt nh. huhu :)

October 25, 2011

nothing to say. but I♥YOUFRIENDS :)

assalamualaikum ;



entry dimulakan dengan mood yang haappy and excited and penat sikit. haha.
hari ni ma ajak pi teman dia cari buku. yela. kawan aku nh darjah 6 lagi. hehe :P form 6 la. STPM nak dekat, so masa ni lah pulun nak beli latihan banyak-banyak. so, lepas rojer-rojer ejat dia cakap ok. dalam pukul 11.30 mcm tu aku jemput. well. mcm biase lah kan. pukul 10 ma and ejat berusaha kejut aku sampai bangun. aku aku bangun mandi then tido balek. ngantuk still tak hilang. dalam pukul 11.15 bangun balek basuh muka, siap-siap and tunggu dengan setianya. then ma call cakap ejat lambat lagi sbb nak buat homework katanya. ok finee. faham. ejat nak setting rambut dia. hihi. :P so, aku dgn suka hati tepuk-tepuk bantal and lelap. haha :) so, dgn janji melayu ejat. 12.30 jugak sampai. hilang jugak ngantuk aku kan? hehe :)

sampai je terus gerak tapi nak hantar adik ejat kat sikamat dulu then terus ke terminal one. masalah lagi bila parking takde. hari ni kan kaum-kaum ka lam alif ya nga nak buat persiapan besok depa nak raya. =='. pusing-pusing sampai tingkat 9 jugak baru jumpa. naseb baik. terus pg popular cari-cari buku tu takde. then lunch kat mcd and terus ke sinaran. pun takde gak buku tu. ma sangat hampa. so, ejat ajak plak ke jusco. apa lagi. onn je. sampai je ma beli selipar sbb kaki dah melecet. angry bird lagi. comel je. hihi ^^. lepas tu masuk watson jap nak cari eyeliner SILKYGIRL and solution COMPLETE for contact lens. ok dah dapat tu chow ke popular and mph bookstore. naseb tak baik bila cari-cari buku tu still tak jumpe. ma hampa lagi. niat nak buat latihan saat-saat akhir tak kesampaian. demi tak menghampakan ma, ejat plan ke sbc. sebelum tu singgah jap beli askem chocotop nak pujuk hati ma. sedih je kan? haha. last-last jumpe jugak buku latihan pengajian am yang dicari tu. alhamdulillah. ma keluar kedai dengan senyuman sampai nampak gigi and telinga. ok aku tipu :) habes tu terus balek tapi stuck dgn jem panjang berjela mcm entry aku kali ini. haha :) terima kasih sudi baca.

*pelik la asal nak capture pic je mesti ada yg tak bagi. ishh. sibuk je lah. sukahati la. jeles takde camera mcm ejat tuh? kahkahkah.
*terima kasih ejat sanggup jadi driver siap berjemput and berhantar sampai depan rumah.
*ma and ejat, terima kasih ajak aku hangout. gelak macam-macam dalam kete tuh. gossip sama-sama. lama dah tak mcm nh. ohh. haja tak dapat join sbb keje. papepun i ♥ you so much friends.

September 30, 2011

shi jiu sui le :D

assalamuaalaikum ;

alhamdulillah Ya Allah. 19 tahun sudah. terima kasih sebab buat aku dapat bernafas lagi selama 19 tahun ni :)

shi jiu sui le . 19 tahun. masih muda lagi maa. huhu :)

macam biasa tiap-tiap tahun dapat wish dari orang sekeliling aku. terima kasih atas ucapan yang bermakna. loveyouolls:)

so, semalam ada sikit besday suprise dari housemate and kawan aku dari form one ejat and the geng. huhu :)
tengkiu guys. i love you so much :)
mmg tak dijangka. terima kasih dalang besar ; kak l. beria-ria suruh aku teman dia bank-in duit lah. pegi seven-e nak topup lah. haha. balek2 je rumah gelap. nak kata blackout, umah jiran sebelah elok je ada elektrik. ok. aku paham. masa nak turun moto tu baru dapat tangkap apa sebenarnya. huhu. ok2. ingat buat2 suprise la. tapi memang aku suprise gile bila ejat and the geng ada sekali. yela. umah kiteorang perempuan je kan? lampu bukak je nampak terus ejat. terkejut gile. tapi niat semua baik ya. even guys masuk, tapi takde apa2 yang berlaku. lagipun pintu bukak luas2 ansd uncle sebelah pun belum tido lagi. so. tak payah risau. huhu. terima kasih kak l ; ath ; olle ; ika ; anim ; ejat ; biey ; mama ; haziq ; ijat and geng2 yang tido mimi ; pah ; aya lagi sekali semua. bas hargai sangat :')

ok. yang lain macam biase wish kat facebook. handphone. emel. ym. and etc. tengkiu.tengkiu. :')

wish yang paling bermakna buat aku. wish dari  ayah. emak. along.angah.alang and ateh. akak sayang semuanya sampai mati.  ^^


and the one and the last ; awak yang busuk. terima kasih sayang. teman saya bergayut sampai pagi. wlupun esok awak keje pagi. hehe :)

September 27, 2011

selamat 2 tahun INSYIRAH :D

assalamualaikum ;

happy besday adek !

alhamdulillah hari ni genap insyirah dua tahun. dan kali ini genap dua kali aku tak dapat sambut besday adek. hmmm. nak buat mcm mana. terima je lah. belajar kat perantauan kat? *mcm lah obersea. hihi :P 

tahun lepas pun sebab exam tahun ni pun sebab benda yang sama gak. sedih kot T.T . maksu minta maaf insyirah.

tadi baru lepas call abg aku. dia cakap malam nh nak sambut grand2 bagai. secret recipe la. makan tu lah. makan ni lah. ok. aku tersangatlah jeleesssssss. wuu T.T *walaupun tahu abg aku saja je lebihkan2 cite.

rindu aku kat insyirah dah membuak2 dah ni. hmm. pas abes je paper kena stay plak. sebab ada trip nak pi langkawi. trip 3 hari je. tapi sebab abes paper awal, kena la tunggu seminggu nak pi trip tuh. apalah naseb :'(

nanti maksu balek trip, maksu bawak balek chocolate bnyak2 tau. biar insyirah makan sampai tombam. huhu :)

nh gambar tahun lepas. insyirah umur setahun. *maaf. wan nya terover lebih sikt. hehe :)
ni gambar paling baru aku curi kat fesbuk abg aku. huhu. spekk bukan main lagi. :)
comel kan? yang kanan je. yang kiri tuh abaikan. paklang dia mmg suke over2 nh. huhu :)













September 17, 2011

roadblock mcm harammmm!

assalamualaikum :
gambar hiasan je nh. aku bawak moto je pun !


ok. ni kisah pagi semalam bila aku langgar traffic light MERAH *sebenarnya KUNING je !

pagi semalam aku anta member pegi shahab. otw nak balik tuh, aku tak perasan ada polis menyamar jadi tukang sapu kat tepi traffic light. so, aku pun redah traffic light kat mergong dari lampu hijau ke kuning. blm merah pun lagi ! aku tahu kuning bersedia tuk berhenti. tapi dah aku terlajak dari garisan kuning tuh, aku terus je lah. tak kan nak benti kat depan2 tuh kan. fikir logik pun boleh.

tibe2 kat depan tuh ada plak roadblock depan sekolah agama. so aku ingat mcm biase je lah. mintak nak check IC nan lesen. tibe2 je dia cakap aku langgar lampu MERAH! mcm banggang je. dah la aku lambat nh. kena tahan dapat saman lagi. pakej betul ! puas la aku terangkan betul2. aku just langgar lampu kuning. bukan merah. kuning ok? ulang balik KUNING! haish. yang polis menyamar tu pun buta warna ke apa. tak dapat bezakan kuning nan merah! cam bodoh je. lain kali baik tak payah buat keje !

nak buat macam mana? dugaan kan? terima je lah. *walaupun tak berapa nak redha. sebab mmg terang2 bukan salah aku. pulun sangat nak duit ke apa? kuning dengan merah pun tak reti nak bezakan? dapat je saman. depan tu jugak aku komot2 kan kertas masuk dalam beg. mmg mcm harammm.

baru lepas check smn kat tenet. haa. amek rm300 baq hang!

dah la tengah pokai. duit saman lagi. kesian mak bapak aku. sorry mak ayah. :'(

bak kata mak aku, "takpela. sapa lagi nak bagi polis2 pulun tuh makan kalau tak duit kita sebagai rakyat ni kan? anggap lah bagi sedekah kat polis tuh. dah memang tugas dia mcm tuh"  (tengok macam mana mak aku tenangkan aku. ahha ^^ )

-so, polis2 kat luar nak menyamar tuh, pastikan pandai nak bezakan WARNA sebelum keluarkan saman! paham?
maaf lah kalau marah2 tak tentu pasal, first time kan dapat saman nh, tu yang excited lebih. tapi aku marah bersebab. sebabnya aku tak SALAH langsung! terima kasih :)

**kena buat part time nak bayar saman nh. haha. ta payah percaya k. hihi :D

September 2, 2011

openn houseee ^^

assalamualaikum ;
alhamdulillah syawal ke 3 sudah. baru ada masa nak update macam2. :)

first sekali aku ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2011 MAAF ZAHIR & BATIN :) kepada semua umat islam di muka bumi ini. apa? lambat wish? lek la. raya sebulan lahh. huhu :P

takde benda nak share cuma nya biasalah tiap-tiap tahun apa-apa raya je mesti ada open house. tak terkecuali rumah aku. bezanya umah aku takdelah open sangat. just nak sambut sedare2 belah ayah mostly nya yang datang. menu umah aku mihun rebus. orang lain panggil mihun sup je. makanan tradisi umah nh mmg panggil mihun rebus pun. asalnya nak buat mee kari. tapi mee nya takde plak. kedai melayu tak bukak raya-raya nh. depa pun nak raya gak. heh. tuka menu last minute. takpe2. janji dapat hidang pada tetamu2. *sory lada tuuh memang terlalu pedas. abes semua hidung berair2. huhu ^^ tapi semuanya berjalan lancar. PENAT?? tak payah cakap la. BZ? lagi lahh. tapi demi sedara2 tersayang. *oke terover plak. :)
hari nih je pegi umak paklong ; kak ida ; mak ndak and the last umah paksu ami perut full mcm selalu. huhu :P

second story pasal jiran. kejadian nh berlaku pagi2 lagi. tak ingat sbb takde kat tempat kejadian *paham2 je lah aku kat mana pagi2 tuh kan. berdasarkan story mak aku. dalam pukul 8 lbeh mcm tu kot mak aku pg la bakar sampah kat belakang tuh. pagi lg kan? mmg takde lah kain baju jiran2 dok ampai.dah habes bakar tuh mak aku masuk la. asap2 still ada lagi. even sikit2. tetibe ada sorang jiran nh menjerit kat mak aku "acik, padam lah api tuh. abes baju anak-anak saya nh bau asap" . nampak sebab apa aku highlight kan menjerit tuh? sbb kuang ajaq. relex la jiran oi..  ok. salah family aku.  faham tuh. tapi tak bole ke nak cakap baik2? ko tuh mude dari mak aku. perlu ke menjerit jiran oi? lagi satu, mak aku ada otak la. kalau dia nampak ko dok jemur baju, takdenye mak aku saja-saja cari pasal bakar sampah. mak aku tak cakap banyak. terus amek air, jirus kat asap tuh. terus masuk. *ikutkan hati mak aku, nak je ajar jiran nh. tapi mak aku fikir mak dia nan mak aku kawan baik. so, biarkanlah. naseb aku takde. kalau tak dah kena perli baik je. =.=

*kepada jiran yang takde adap tuh : terima kasih kuang ajaq kat mak aku. terima kasih buat mak aku benci kat ko raya2 nh. ingatlah sikit. ko tuh balik umah mak ko je. jaga adap sikit. jangan buat malu mak ko lah.

*ari ni je makan mihun goreng, nasi goreng, megi goreng, mee kari and nasi aym merah, daging kicap. ohmaigad2. senak perut weh. balik je masing2 rebut toilet nak membuang. huhu :))
*terima kasih sedara2 ku. :)
*aku nan family belah ayah memang tak berapa rapat. tapi tak la sampai b'masam muke ke ape. just tak tau nak borak2 apa. aku lebih kat budak2 kecik je. senang nak layan. walaupun penat. ^_^



sebahagian gambar gedik sebelum kuar rumah. huhu ^^




August 28, 2011

(: home sweet home :)

assalamualaikum ;
alhamdulillah sudah ramadhan ke 27 ^^

now baru siap separuh buat assignment CSC. banyak lagi aduhaii. ok lupekan kejap asgment2 nh. tukar topik plak.

akhirnya ramadhan ke 27 dapat jugak berbuka bersama family tersayang walaupun tinggal lagi bape hari je nak raya. sedih sgt. tapi bersyukur at least dapat jugak berbuke dengan family semua. mcm ni lah hidup kalau belajar jauh-jauh. terpakse tunggu cuti lama baru boleh balik. sbb cuti weekend kedah dgn negeri sembilan tak sama. ok habes dah cite sedih. huhu :P

semalam aku sampai dalam 6.45 pagi gak. tak sempat nak sahur dgn family. terpakse sahur dekat RnR mana ntah. aku beli nasi goreng sambal nan ayam goreng. guess harga?? RM 5.50. memang mahal baq hang. sebab aku amek nasi tak sampai separuh pun. then ayam pun kecik tau. bila fikir balik *oh lupe sekarang bukan kat kedah. takpelah. janji lepas nak sahur. aku makan dalam bas sebab tak berani nak duduk lama-lama dekat tempat aku sendiri pun tak tahu. even aku balik dengan bella. masa nak pegi tandas tuh jumpe plak anim. bas die lambat gile gerak. bayangkanlah die gerak pukul 10 cmtuh. aku plak pukul 12. patut die dah jauh dari aku. kesian anim. alhamdulillah perjalanan aku selamat sampai :)

ok la. tu je nak cakap. nak sambung buat asignment bengong nh. pening kepala. sebab banyak sangat input masuk kat kepala nh. bye. assalamualaikum :)

August 25, 2011

kejadian 24 August 2011

assalamualaikum ;
alhamdulillah. ramadhan  ke 25 dah :)
lama dah tak update blog nih. maaf. takde mase. busyy memanjang. :)

sekarang baru balik kelas terakhir sebelum cuti raya nih. tadi tak sempat pegi CTU sebab terlajak tido. ^^

ok. first nak cite pasal title entry kat atas tuh. memang satu kenangan bagi kami semua. hhe. start cite nih bila kami semua dah decide nak buka puasa kat luar dgn kak bas n abg nasir. petang tuk ada volleyball plak, so terpakse la pegi. balik tu je terus call kak bas tanya tunggu kat mana semua. then dah decide tu, tunggu-tunggu sampai dapat calll dari kak bas. "hampa duk mana? kete kak bas rosak kat trafic light insaniah nih" then letak je call, terus cakap *kak bas ni tak kan lagi sekali kot..* ==' takpe la. kami pun u-turn balek pi kat kak bas. masa tuh dah pukul 7:10 cmtuh. sampai je tgk2 kete. ingatkan minyak habis mcm dulu. naseb bukan. masalah dalaman. *tak tau apa bende ntah. so, kami pun decide pi beli makanan kat bazar insaniah dulu. naseb ada bazar, lau tak nak berbuke apa tepi jalan tuh? hhe. first time dapat kenangan mcm nih*kat kedah je ada :P dengar azan je masing2 jamah sikit2. sementara je. jadi la. then dah habis makan tuh, ada gak datang tolong, tapi mmg tak bole nak start kete tuh. last2 tunggu ayah kak bas mai dari kuala nerang bawak pomen. lama gak la. dalam kol 9 lbeh2 gak la. bayangkan kami duk tepi jalan tuh dari kol 7 lbeh sampai dekat kol 10. betul2 depan trafic light tuh. kalau lampu merah usha2 jap bdak bwak moto. hhe *sempat lagi. ohh. lupe plak. ada shahirah dalam kete tuh dgn kak bas. sbb baru balik buat video mandarin. sian ustazah. hhe :) last2 kami pi hantar die balik dulu kat hostel. pastuh kami pi kat kak bas balik. setia menanti bersama-sama. hhu :P
sampai je ayah kak bas, pomen tu terus tgk2 kete. rupe2nya ada satu wayar ni putus. *wayar starter kot. patut la tak bole nak start. nak sambung tuh kena pakai stapler yang hitam tuh. so abg nasir pi la beli. dah buat semua tuh, settel la semua masalah. kak bas-kak bas. lepas satu, satu dugaan. takpela. pahala banyak bulan puasa nih.
settel je semua pi makan kat restoran mama. ayah kak bas belanja. *tengs pakcik aziz. hhe :)
habis makan je masing2 balik. kak bas tak berani dah nak pegi mana2. huhu. kami plak??? BERJIMBA-JIMBA la!
balik umah jap sebab masing2 nak pegi tandas. siap2 sikit. terus keluar. macam biase mmg takde arah tuju. so, call abah ajak kuar. tapi malangnya terpaksa tunggu abah dekat 2 jam gak la. sbb family abah mai. taknak lah kacau. last2 pegi makan roti planta kat ahmediah depan stadium tuh. then, kak l suh call abah lagi. abah cakap family dah balek. ok. kak l pun pegi la jemput abah. aku dgn ath menikmati roti planta semetara tunggu tuh. lama gak tunggu sbb kak l sesat. haha. dak nak habes makan hujan plak. mmg lebat gile baq hang! memang hari nih kami menunggu je. :)
abah nan kak l sampai je terus gerak pi ronda2 satu kedah. jalan kat kedah nih mmg susah nak sesat sebab pusing-pusing mana pun, jumpe balik jalan yang sama. kalau ada yang sesat tu, bukan orang kedah. hihi :)
dekat pukul 4 lebeh baru balik umah. sebelum tu singgah jap beli makanan sahur. mmg mahal gile la. mmg tak pegi lagi dah. tak sedap mana pun. tak pandai masak. dalam pukul 5 lbeh tuh baru tido. so, phm2 la napa tak pegi kelas CTU tadi pukul 9.40. hhe :)

ok tu je nak cakap. bye. nanti upload gambar tepi jalan k. hhe :)

*perasan tak bape banyak aku guna perkataan 'tuh'.
*thank you abah, kak l and ath bawak kau pegi meronda satu kedah.
*terima kasih kak bas & abg nasir bagi kenangan terindah tuk kami sebelum masing2 balik cuti raya.
*love you korang semua. :)

August 13, 2011

berjimba malam jumaat. HAHA ^^

assalamualaikum ;

sekarang pukul 4.10 minit. taktau nak buat apa dah. nak tido takut nanti tak bangun sahur plak. so, tulis belog jap. nak cite pasai tadi.

malam nih lepak nan geng-geng 125. ta plan pun. balek je terawih depa ajak pi tgk wayang kat ALOR STAR MALL. hmm. bincang2 ngn ath, ok. on je. tapi kami tengok cite lain2. aku nan ath je tgk cite cine. yang lain tuh tgk cite koboi nan aliens. oh. lupa plak. jiran umah hujung pun join sekali. geng-geng usra. usra tu sape? haha. usra tu orang kampung anim. nama dia usra. unik kan? sama mcm tuan die gak. hihi :P . jangan korang ingat geng2 usra tu mcm geng2 ceramah ke ape. mmg tak la kami semua nak pi ceramah. huhu :P

dalam koi 10 lebeh semua dah siap, terus gerak pi ASM. kami berkonvoi 7 moto. anim, pah, aya, olle, ika. mimi, afiq, ath and geng2 usra.

sampai je ASM, terus pi pawagam. tgk cerite ape ade. depa tgk cite koboi nan aliens tuh. so, aku decide nan ath nak tgk cite cine tajuk the fortune buddies. mmg sempoi gile cite nih. 5* aku bagi. tak rugi RM 9 tu habes tgk cite nih. masuk2 je mmg semua penonton cine. kami dua orang je melayu. sampai abg yang keje situ pun terkejut. ingat kami salah masuk hall ke ape. hehe. dari mule cite tuh start, sampai habes gelak je mamanjang. bile scene sedih pun tak sempat nak feel. ade je lawak die. cumenye cite nih ade sexy2 sikit. yang pelik nya cite ni U13 so, mmg umum lah kan? apala. kesian budak2 yang tgk tadi. sampai ade yang tertido tak nak bangun dah. heh. abes je wayang dalam pukul 1 cmtuh, terus text aya. tanya kat mana semua. then tunggu 10 minit sampai cite diorang habes, terus gerak pi nasmir.

sampai je nasmir, masing2 cari toilet. mmg tak tahan sangat dah. pastuh toilet plak ada 2 je. mmg kena queue la amek turn. habes tuh, terus order teo ais nan roti tisu. mmg takde nak cover2 masa makan roti nih. sangat leceh tau. ada liat ada ranggup. tak la sedap mana. tapi lama tak makan, order je la.
harga? mmg standard la makan kat nasmir nih. semua sekali kena RM 3.60.pas habes je makan, duduk2 jap. tak tau nak borak apa nan dorang semua. tgk je muke masing2. naseb ada afiq. tak la bosan sangat. mmg kecoh mulut die. tak macam oarang sakit gusi dah. yang klaka tuh. pipi afiq chubby sebelah sbb sakit gusi. haha. then bile rasa dah bosan sangat *sampai aku main2 nan kucing tepi jalan tuh. terus ckp kat aya kami nan mimi nak balek dulu. yang lain tinggal lagi.

so, balek tuh kami follow afiq. comel je tgk diorang dua nih. masing2 kecik. then dah sampai umah tuh baru ingat kunci rumah kat depa. haish. mcm2 la ==, . apalagi merayap2 la aku nan ath. minyak moto pun banyak lagi kan. so plan nak cari makanan sahur. sampai kat mana aku pun tak tau. semua tempat dah ronda. alorstaq mmg takde pape pun. 2 tempat pegi, tapi takde makanan panas2 nih. last pegi kat retoran bunga tanjung area mana mmg tak tau. order nasi lemak nan nasi goreng bungkus. harga plak? mmg la sangat MAHAL! kedai tepi jalan je pun. nasi aku je RM 5.50 ath plak RM 5. tu blm order air lagi. mmg tak mai lagi la kedai tuh. first and last. then balek umah. saja ikut jalan jauh. malas nak balek umah awal2. usha2 budak mto sebelah kalau trafic light merah. haha. takde keje dah.

**terima kasih athirah sbb jadi pembonceng yang setia. :P
**tak syok sbb kuarang sorang ahli. kak l. sibuk je nak balek taiping tuh. hihi. maaf pagi tadi bas tak bangun hantar pegi shahab.
**nanti kita berjimba 3 orang satu alor setar tau.

ok la, nak sahur dah. nak nikmati makanan mahal tuh. hehe . k byee :D


August 11, 2011

assingment oh assignment :((

assalamualaikum ;

tadi kelas abes awal. hhe. first time BEL tak blaja apa pun. miss masuk, bagi comment pasal speaking test tuh then class dismiss. *untunglah kalau dapat mcm ni hari2. hihi :P

*speaking test : alhamdulillah dapat soalan senang. ta susah nak cari isi. nak huraikan tu prob sikit. tapi semuanya ok.
*oral test mandarin : naseb loashi tanya soalan mudah2. semuanya boleh jawab. cume tergagap tu mestilah. masa belajar main-main je. nak test, tau cuak. hhe ^^
*test CTU  : dapat je soalan terus buat. tak bace arahan dulu. dah nak siap tuh, baru perasan kena jawab 1 SOALAN bahagian A & B. mcm siot je kan? -,- . naseb masa banyak lagi. pulun lah buat sampai habes. fuhh lega. :)

so, tu baru sikit. banyak lagi assignment perlu buat dan submit. antaranya ;    
  • assignment movie review untuk subject IPC. -nak relate nan IPC tu yang leceh sikitt. 
  • assignment untuk subject RM -dah ada isi dlm BM. just nak translate je.
  • assignment untuk subject CSC -bakal dapat tak lama lagi.
  • group project untuk subject CSC -buat website @ blog -tak mula apa pun lagi.
  • vidoe untuk subject mandarin -dah ada dialog. just nak hafal.
  • term paper untuk subject BEL -outline & draft dah settel.
  • quiz. test. quiz. test. 
  • FINAL EXAM (T.T)
see. bape banyak la assignment untuk satu sem nih je. kebanyakkan semua nak submit lepas RAYA. gile baq hang! dah la cuti raya bape hari je. raya ke 4-5 dah stat kuliah. argghhh. tension betul sem 3 ni lah.
insyaallah semuanya dapat disettelkan tepat pada masa. amin~~

dugaan dari pagi-malam ;

assalamualaikum ; ramadhan ke 6 dah. alhamdulillah.

hmmm. naseb tak barapa nak baik bila dugaan datang dari pagi sampai malam. satu hari berturut2.

khamis ; Ogos, 4 ; pagi - malam

first dugaan ; bila housemate nak pindah sebab perkara remeh. *ok. masing2 salah. aku admit tuh. tapi at least  cube la cakap dengan kiteorang. ni tak. balik kelas je terus kemas2 barang dengan alasan ko nak  pg berjalan. huh. sangat2 la annoying! then ko dah blah, ko terus msg ath cakap apa yg ta puas hati nan kiteorang nih. ok finee. ko salah, kiteorang pun salah. tapi tak bole ke ko bincang baik2 sebelum ko blah tuh? benda kecik je bole settel baik2. tapela. ko teruskan lah dgn life ko sekarang nih. aku pun dah minta maaf, tapi ko still lagi nak admit ko tak bersalah sangat? hmm. wtv la. sikit pun tak heran *memang ko tuh perfect sangat sampai semua pendapat ko je betul. beselah. DEAN LIST kan? ok. stop pasal nih.

second dugaan ; petang tuh ada volleyball. so decide dah nak pegi. bile kiteorang sampai je, sir tak sampai lagi then kelas LR dah tutup pun. aku pun call la sir. bukan sekali, berbanyak2 kali. tapi tak angkat T.T
sebelum nak pegi tuh, tikah call cakap  zaza & ara xcident. ingat lepas habis volleyball nak pegi la lawat.
bila sir tak angkat fone, so kiteorang ingat VB mmg takde. terus decide nak pegi hospital. then dah sampai hosp, dapat msg kelas VB ada, sir baru sampai. nmpk tak sgt2 annoying?? T_T huuu.

dugaan ketiga ; paling teruk
malam tuh  pegi ronda2 beli tiket nak balik umah ath. balik je duk umah sat then lepak luar. main badminton mcm biase. pastuh *jire2 sebelah ajak pi dataran. so, decide la nak kuar sama. bincang2. pi siap terus.
then kuar rumah je terus stat moto ; aku bawak ath. kak l drive sorang.
tibe2 je moto yg kak l naik jem plak sbb tak boleh stat. so, aku pun pg dgn niat baik nak tolong. masa ni kak l duk atas moto. aku just pgg handle nak stat moto. last2 bila dapat stat, aku terpress minyak tanpa press BREK ! apalagi. kedepan la moto tuh. terus langgar cermin dan retak. kak l dah jatuh. aku kat atas moto lagi. pegang je handle tanpa duduk. masing2 terkesima *ceh ayat. cuak gile aku. mmg takut gile. cermin retak. moto ika no plat patah. dah la masa tuh jire2 sebelah tgah tunggu btl2 depan umah. apala naseb. kak l injured sbb terhantuk. so terus decide tak kuar dah. masuk je umah tgk kak l luka kat mana. tgk cermin umah mcm mana. then terus msg aya suh balek. diorang balek2 je masing2 terkejut tgk cermin tuh. sorry guys. naseb la diorang tak marah2. siap bole buat lawak lagi. *fuhh lega sikit. pastuh terus cakap kat ika minta maaf semua pasal moto tuh. bas minta maaf sangat2.

**moral nya : tak payah gatal2 nak keluar merayap. duk je rumah buat assignment. ada gak faedahnya.

August 4, 2011

konvoi P E R L I S :D

assalamualaikum ;
fuh. fuhh. fuhhh. tiup jap sawang2 kat belog nih. :) ok dah.

cuti weekend arituh kami umah 125 pergi berkonvoi ke PERLIS.
dengan plan nak pg umah PAH je. tapi tak sah pg tempat orang tak jalan2 kan. hehe :P
dengan berbekalkan 6 biji motor ; 10 orang merempit.
iaitu ; diketuai oleh big boss umah 125 : anim and konco2nya. pah ; aya ; olle ; ika ; kak l ; ika ; ju ; mimi ; ath.

khamis > 5.30 p.m.
*bertolak dari umah.
*pakat2 isi minyak kat petronas
*tunggu bos cucuk duit
*teruskan perjalanan.
-disebabkan jalan nak pergi perlis tuh straight je, mmg takde masalah la nak drive. cube masalah nya tak dapat nak elak lubang2 kat jalan tuh. sian kat pembonceng la. yang bawa tak rasa sangat. kihkih2 :P

6.45 p.m.
*sampai sungai baru, berhenti kejap
*then terus snap2. pose2. blah
*then, ada membe pah nak belanja minum, kiteorang pun ON je. hihi. takkan minum je. pekena bege sebijik. then teman aya bukak pose. then blah.
-bege tak sedap langsung. hangiittt baq hang! tuje nak cakap :)

8.30 p.m.
*sampai umah pah. salam2 mak pah yang sporting habes. terima kasih makcik :P
*rehat2 badan.
*berpashmina kejap. hihi :D
*bergambar lagi.
*then siap2 nak keluar balik.

10.00 p.m.
*sampai ke destinasi ; C-MART, tak pegi pun. lalu je. hhhe :)
*decide balik sbb kak l nan olle nak pegi umah mama -terpaksa berpecah kejap.
*yang lain kuala perlis. besttt kot. :P
*makan kat kedai bapuk. haha. -tak expect pun dia bapuk sbb lawa sangat.bila cakap je. KANTOI! huhu :P
*sementara tunggu order nih. ada la satu baby ni comel sangat. then usha2 la. sekali bapak dia pg kiteorang. apalagi. bergambar2 lah kan. baby nih memilih sikit. mimi je yang dapat dukung baby tu tanpa dia nanges, yang lain hancus! haha :P
*then, habis makan, pi bayaq.
-mmg mahaii makan kat situ. jus buah je RM 2.50. huh! mmg first and last la pegi kedai bapuk tuh.

1200 a.m
*gerak balik umah. sampai je highway, masing2 merempit. haha. jalan just straight je pun.
*first time aku bawak 110km/j. sempoii baq hang! hihi :)
*then kena konfem dengan olle n kak l nak tunggu mana. sbb taktau jalan balik umah. so decide tunggu sebelum flyover **btl ke aku eja tuh? malas nak G. ahh. wtv la. hihi :P
-masalahnya mmg tak nampak pun dorang kat situ. diorang pun tak nampak kami. so, kami dah terlajak sampai cmart. last2 call kak l suh pg cmart balek. kami semua tunggu kat situ. dlm 10 mnt cmtuh. dah kumpul semua terus gerak balik. penat gile baq hang! tapi mmg enjoy habess :D

jumaat ; around 10.30 a.m.
*bangun tidoq
*basuh muka, gosok gigi :D -nmpak sangat tak mandi. hhe :))
*then makan nasi lemak ummi pah buat. sedap gile baq hang. sambal udang & sardin.
-first time aku makan dua sambal sekali. mule ingat rasa ta bape nak ok, last2 aku tambah sampai habis nasi. hoho :o
*then lepak2 sat, terus gerak pi bukit ayaq. kat perlis la.
-tempat macam air terjun bese2 je. tapi yang speacial ada gelongsoq baq hang! haha. syok gile weh. bole plak gelongsoq pakai lutut kan. pengalaman tuh. Heee :D
*then habes mandi tuh, tukaq2 baju, terus blah. perut lapaq~~
-jumpe satu makcik yang annoying gile kat petrol pam caltex *sumpah tak pegi lagi dah! huh! meluat aku.

moral of the story**
-best gile lepak dengan diorang2 nih sume. macam2 pengalaman aku kutip. hope lepas ni lepak together2 again. loveyou friends <3
bukit ayaq

berkonvoi :)

sempat lagi :)

bukit ayaq lagi

sungai baru

bergumbira2 ^^


candid la sangat :P

July 21, 2011

bye2 S E R E M B A N ; hye K E D AH :DD

ok. midterm nak habis da. esok nak balik da. tak saba nak balik nieh. :) tiket esok EAGLE EKPRESS pukul 10:30 pm seat 10a (paling belakang). hihi, kecoh je kan :P
first time aku balik dari N9 - Kedah malam. mmg tak penah la balik malam2 nieh. at least balik malam ni tak la rushing sangat. bole bangun lambat. bole rileks2 lagi. esok ptg baru packing brg. dulu part 1 kalau nak balek je. 2hari b4 dah siap packing. haha. klaka je. zaman kalut2 lagi kan. :) maybe balik malam ni cepat sikit sampai kot. ntah. acct sama je. tapi bila balik malam, terasa kejap je. takpe la. siang ke malam ke janji perjalanan aku selamat sampai. amin~~
midterm ni aku balik pun nak settelkan mara & tgk anak buah kat kelantan. kalau tak rasa malas je nak balik.
so, tinggal bape jam lagi je. SABARlah! :P
sebenarnya since semester 2 arituh, aku mcm takde semangat nak balik N9. taktau nape. mmg rindu family,kawan sume. nak2 insyirah tu. tapi kalau cuti je rasa mcm taknak cuti duk N9. nak cuti duk KEDAH. merayap2 la pg mana pun. maaf kawan2 kalau ada cakap aku sombong. mmg takde niat sikit pun. sorry T_T
nanti ada rezeki kita lepak sampai. aku rindukan 2 orang bff aku ni. IQLIMA nan HAJAR. :'((

**hope perjalanan aku selamat sampai ke kedah. amin ya robbal alamin  ~~


 

p/s. maksu rindu nak peluk cium die ; rindu nak sakat sampai die nges :P ; rindu nak dengar die cakap pelat2 ; rindu nak dengar dia gelak senyum ; rindu semualah. hamaigad! cepat2 balek seremban tau!
<3 iloveyoumissyoualots <3 

July 20, 2011

everything DONE ! :)

assalamualaikum ;
pagi2 lagi dah bangun nak settelkan semua. renew lesen ; amik gambar ; beli tiket ; settelkan mara.
terima kasih ayah teman akak buat semua. acct bole je buat sendiri, tapi lesen mati kan. tak boleh nak pg mana2. 
mule2 tempat aku pg kedai gambar. mmg family kteorang regular customer la. sbb murah! 12 keping just RM5 je. tapi tak instant la. kena tggu kejap. buat pagi, ptg siap. ok la tuh. murah lan. hhe :) . tapi aku buat yang instant je sbb nak pakai cepat utk renew lesen tuh. dalam 10 minit camtu. siap la. guess what? muke klaka gila kot. rasa mcm dah zoom 100%. haha. penuh je muke aku dalam gambar tu. buruk sangat. nasib la takde jerawat.. rasa mcm nak amek lg sekali je. tapi kesian ayah aku, so redha je la gambar yang "cantik" tu kan.
then dah siap tu pg Terminal One nak beli tiket. ok dah dapat terus pg JPJ. naseb la ada kawan ayah aku. cepat sikit. tunggu 5 minit je dah siap lesen baru. hehe. dah habistu teru balik sbb ayah tak bole lama2. nanti kena amek cuti. kesian ayah. loveyou <3 :) ok sekarang nak settelkan mara. lagi sikit lagi. bye2. :P

welcome back :P

assalamualaikum.
aku baru je lepas jumpe blog ni balik. dah dekat 3 bulan aku biarkan sbbnya terlupa password. haish! -__-
so, bila dah jumpe, sibuk la nak cantik2 benda2 ni. tapi masalahnya aku tak tau nak edit2 benda alah ni mcm korang2 punya tu. lawa je aku tgk. makin aku edit, makin lain jadinya, makin la aku tension. last2 aku just post entry je. lawa ke tak nasib la.
nanti la aku nak blaja edit2 benda ni bagi lawa sikit. (lawa banyak la!) :) tunggu aku balik kedah tau. kat seremban ni sapa nak ajar? kesian kan :(
rindu gila kat kedah ni. cepat la hari khamis nieh.