July 23, 2013

Peel Ayung & Adik

Assalamualaikum ;

Well, takde mood sebenarnyaa nak buat entry ni. tapi disebabkan masa buat 5s untuk BB tadi, belek-belek banyak jugak gambar anak buah dua orang ni. So gagahkan la jugak kan cerita pasal diorang ni. Ade function jugak amek gambau banyak2. Tegelak balik aku tengok gambar2 diorang ni. Macam-macam ragam, macam-macam peel keluar. Ayung tak silap aku nak masuk 4tahun kot, ke dah 4tahun? lupaa plak. Adik lagi laa. 2 tahun mcm tu kot. Haha. Teruk gila ingatan maksu kau ni. Aku cuma ingat bulan bape je diorang lahir. Rasa macam baru je dapat anak buah, tengok-tengok besar dah sorang-sorang. Seronok tengok. Baguslahh, nanti cepat besar senang maksu ade geng. Selama ni membesar dengan geng laki je. Sebab tu dah besaq kasaq. Haha. *sebab tu aku haramkan orang panggil aku shira* pleaseee la. nama tak sesuai dengan orang. -_____- Okayy idea blank, layan gamabau je lah ye. Sila sila. Haha.




like a boss. tak tahan kaki silang, tapi tangan gentel pusat -,-


budak kena beguk pakai jersi rambut pacak macam lelaki dah tengok. Haha. 


\
laki ke perempuan ni? Haha.


peace nampak ketiak. cucuk kang tahu laa. Kekeke. 



aku suka perati dia tido. muka macam banyak sangat masalah nak fikir. tongkat denga tangan plak tu. Haha. 


namnam style versi kopiah. Kakakakka. 

well, dapat anak buah perempuan benda ni normal ye. setakat ni insyirah berjaya hancurkan satu compact powder, satu foundation dan TIGA lip balm aku. Tahniah ayung -_____-



cuba teka mana insyirah? klu: dok tengah. Nampak dah kan. Gelak laaa. Hahha. Terbarai derr aku gelak tengok gambar ni. Tak tahan dengan rambut hakim tu. Kahkahkah2. 

insyirah ni makin besar makin mengada menjadi-jadi. benda sikit je kalau tak puas hati menanges la sampai bengkak mata tu. Sabar je lahh =_=

Jubah and selendang wan belikan kat mekah. Hehe. Comel je tengok. 

Insyirah panggil inai jadi 'ainai' pun bolehhh. Haha. Comot sebab tak reti duduk diam. 


tengok adik dengan pokok kelapa dia. Haha. 

masing-masing selipar ade, tapi nak dukung je. adik takpe lagi, si ayung tu. berat gila. kesian atuk tauu. 

geram tengok adik pakai tudung, mcm anak cina mualaf dengan mata sepet dia. ayung? paling lama tudung lekat 5minit je bertahan. lepas tu gatal tangan pi cabut. Haha. 

Adik ni dah besar sikit boleh dah amek gambar elok sikit. kalau tak semua gambar nak goyang je. 

gigi tak berapa nak ade. Haha. 


dah besar lagi banyak peel dia. Haha. 

tiru atuk semayang. 

sujud apa tu dik oiii? macam bersenam je. Haha.


sebotol bedak kecik berjaya di habeskan oleh adik. Bagus! 

percubaan buat peace tak pernah menjadi. Haha. 

ayung still tak boleh kalau tak gentel pusat masa nyusu. adik plak, dia tahu aku nak amek gambar, tapi taknak pandang sebab fokus kat cartun tapi tangan nak jugak buat peace waluapun tak jadi. Hekhek. 


terhibur jugak kalau ade anak buah ni. Ragam dia tu kadang2 menyakitkan hati, kadang2 jadi hiburan utk keluarga. Haha. Maksu cuma harap ayung adik dapat membesar dengan sihat, jadik anak solehah, bijak pandai dan dengar cakap. tu yang penting. Haha.
Untuk ayung, jangan jadi budak cenggeng je. sikit-sikit nanges. Jangan selalu gaduh dengan adik. ayung kan kakak, kena beralah sikit dengan adik okay?
Adik plak, cepat-cepat la dapat cakap betul-betul dengan suara yg tak annoying. Die suka pakai suara dalam kalau cakap. Benci dengar tau tak! Haha. Jangan suka cari pasal dengan ayung. Maksu sayang korang dua lebih dari nyawa maksu sendiri. :')

July 22, 2013

Semester 3 (March-Julai 2013) part 2

Assalamualaikum;

Haaa, meh cont. part 2 plak ye.  Tadi  part 1 semua gambar banyak dalam kampus kan. Gambar2 part 2 plak banyak luar dari kampus. Jom terjah. Haha. *bajet-bajet excited* Wakakka :P


gwiyomi versi kami. nak jugak tu. Haha. 


group assignment comm. effa, aku, rina, ath, mawar :)

dinner OM. tema evening in paris tak boleh blah. Haha.

sebahagian kelas BM 232 3B. Hidup 3B! 

malam tu jadi partner ath. haruslahh i love you bagai. Haha. 


camera mahal, gambar pun kena cantiklah kan. Haha. 

dengan miss muna kat sebelah aku. salah satu miss yang sempoi. Hehe. 


jejaka kelas 3B. alep and shah. 

sunset kat melaka cantik-cantik. duduk apartment senang lah nak amek gambaq sunset ni. 

selamber tak pi order makanan kat tun ali pakai seluar tido? Haha.  

again sunset at pantai puteri. speechless dengan ciptaan Allah ni. :')

kebetulan pakaian sama kaler dengan ath. semangat gila amek gambar. Hekhek.

toilet again. Haha.

tabik hormat. Kahkahkah.

setiap kali bergambar utk visit company, pose ni paling wajib di buat! *good*

group utk assingment Software. laki tu kawan fasha. menyamar kejap utk letak dalam assignment. Haha.  

dalam audi untuk minggu induksi dengan semua batch OM. kelas kami tema pink dengan muka tak ready. 
-,-

kat pirate park atas ape ntah nama dia. mcm eye on malaysia tu. ingat wheel je. Haha. 

teman rina shopping. tandas kat mp besauu gila. 

dah cermin besau, wajiblah bergambar. Haha. 

banyak lagi gambar sebenarnya. tapi aku yang nak upload pun bosan, apa lagi korangkan. ni je lahh mampu. habeslah perjuangan untuk semester 3 ni. berharap sangat lulus semua subjek, tu yang penting. sbb sem depan kena hadap 23 credit hour. bapak ahh. sem 3 ni pun macam nak mati penat dia, sem depan macam mana la plak kan. dengan event lagi. seram hoi  bila fikir balik. kalau sem ni ada repeat automatic kena extend semester. mintak simpang sangat-sangat. semoga semester depan lebih baik dari semester sebelum no. Aminnnn :)

Semester 3 (March-Julai 2013) part 1

Assalamualaikum;

Hello semuaaaa. A longggg time no see ya! Hahahhaha. Maap maap. Well, masuk zaman degree ni, memang memang sangat mencabar!! Jauh beza dengan diploma dulu. Semua benda berbeza. Ada la sekali dua terdetik nak give-up dah. Tapi fikirkan balik harapan mak ayah, takpelahh. Kuatkan semangat. Insya-Allah boleh. Susah dulu, nanti senang kemudian. wahh gitu ayat. *nak sedapkan hati* Hahaha. Susah-susah pun haa sekarang ni habes jugak untuk satu semester. Alhamdulillah. Now semester break! Ohyeahhh! Almost twoooo months! Yang paling best bila dapat puasa and raya dekat rumah. Dulu diploma tak pernah merasa cuti lama masa bulan puasa and raya, setelah 3 tahun tunggu, akhirnyaa. Sekarang ni rehat puas-puas goyang kaki tido bangun dah petang makan. Heaven gila hoihh. Haha.

Heaven-heaven jugak, nanti result keluar awal bulan lapan ni tunggu la nak melalak ke tak nanti. Konfem melalak punya. Sebab masa final 3 paper stuck! -_____- Tu takpelah. Lambat lagi kan nak fikir. Wakakaka. Sekarang ni nak cerita kenangan sepanjang semester 3 plak. Mula-mula masuk biasalah kan, oreientasi yang membosankan, then rehat sehari esok terus start kelas. Kelas, assignment, quiz, test, terus la sampai ke final. Benda yang sama kene hadap dari diploma lagi cumanyaa degree ni lagi susah lah kan. Caarymark untuk degree memang jahanam dah. Yang ok pun ada la 2 subjek mcm tu. Final plak. Lagi laa macam hapee je. Redhaa je lah nanti result keluar. Haha. Aku harap sangat satu lecturer ni aku tak jumpa sampai la habes sem. Even dah tahu dah kemungkinan tak tu sangatlah tipis. T__T. *mari berdoa satu kelas* Haha. Malas dah nak taip lagi, idea takde pun ye jugak. Kekeke. Layan gambar je lah ye. :P



hari pertama kelas. gambar selfca sangat wajib ye sebelum pi kelas. Haha. 


tak sangka jumpa kembar kat kbm. ehh eh sama la kita. Hahaha.


bab menghafal dah sebati dengan hidup. lepas jawab exam terus hilang segala benda di hafal. biasa la tu kan? -____-

nak menyiapkan assignment HR. lintang pukang rumah. Haha. 



list-to-do every week wajib buat. ni list minggu terakhir sebelum final. 

dalam menara taming sari untuk assigment Comm. naik free tau lagi. Hehe. 

classmate nama Rina. pengila anime. tengok lukisan pun tau dah kan. Haha. 

elok dok beratuq sorang-sorang. sebelum quiz record tak silap.

kasut ath dgn aku. saja amek gambar ni sebab kiteorang jenis suka tanggal kasut kalau dalam kelas. pastu kaki dk goyang depan belakang. Haha. 


ath dgn bihah. tido dalam kelas benda selalu buat. Haha.

wajib belek hp sampai la lecturer masuk. 

sambil stress study tu, layan jap bende alah ni. lama gila tak main. Haha.


nota colourful pun dah muak buat. baru tak bosan nak baca balik kan. 

salah satu assignment yang berjaya di siapkan *nanges terharu* Haha.


dalam kelas comm wajib buat nametag okay? -__-

nama kami bertiga. sab, bas, ath. 

selepas presentation OB. 

Hidup Purple!

banyak la plak gambar rupanyaa. tadi tengok mcm sikit. Haha. part 1 mostly gambar dalam kelas je banyal. cont part 2 plak ye. jenuh plak korang hadap gambar je nanti. Haha. Bubyeee :)