November 19, 2011

semester empat :)

assalamualaikum ;

mood happy je sejak dua tiga hari nh. hehe.
alhamdulillah selamat tiba kedah pagi rabu aritu  dengan selamat. walaupun ada beberapa benda nak jadi. hmm. mule-mule kena tukar bas. then bas yang baru tuh mcm semput je, so tak boleh bawak laju. dah tu masa beli tiket cakap direct ke alor setar. tibe2 je singgah butterworth dgn sp. dalam pukul 7pg baru sampai. pening kepala duduk dalam bas. sampai muntah-muntah. demmmit. mmg lepas nh takde hati dah kat eagle ekspress.

ok, lupakan pasal tu. entry hari nh nak cakap aku dah selamat jadi senior part four. haha. daftar khamis lepas. semua ok. cume je sem nh beratur panjang berjela. tak mcm sem lepas. kejap je dah selesai.  sampai berpeluh ketiak tunggu. biaselah. pengurusan kptm kan. malas nak cakap banyak. so, habes je daftar tu tgk namelist dgn jadual untuk semester empat nh kat puyu. alhamdulillah dapat kelas yang sama dgn kawan-kawan yang sama untuk tiga sem berturut-turut. takut jugak la kan tibe-tibe tercampak kelas lain. naseb baik tak. :)

part best tgk nama terpampang stay kelas lama.


part tak best bile tgk jadual nh haa. mmg la agd takde kelas ahad tu. tapi tgk la hari isnin tu. mcm  nak mati belaja direct dari pukul 8pg sampai 6petang tanpa gap. dah tu ari hari-hari balek pukul ENAM! haish. naseb la sementara je. harap minggu depan dapat jadual yang relex sikit :)

so, lepas makan terus settel bil-bil tertunggak selama cuti sebulan nh. yang penting bil stremyx dulu la. haha. tertunggak sampai RM500 lebeh. naseb la tak kena marah. duit rumah pun owner cekik darah dah dtg kutip td. dah tu dia mintak kunci pagar. sebab baru je tukar. mcm mana nak bg. kunci dua je pun. siap pesan lagi suruh duplicate bagai. lepas nh dia dtg kutip. ntah pape je. sekarang tinggal nak bayar bil air/api je. hmm. pokai lah. pinjaman tak masuk lagi. lepas nh nak beli buku lg. haish. pening kepala fikir. tapi takpe. pelahan insya-allah semau dipermudahkan. amin~

bila wifi dah sambung, apalagi semua serbu nak online sampai sekarang. haha. nak layan maharajalawakmega lagi, facebook lagi. blogger lagi. haha. macam-macam. tapi takpe kelas tak mule lagi. amek la kesempatan nh tidur lambat, date dgn pakwe ke. haha. nanti busy dgn kelas tak boleh buat dah. hehe :P so, bye assalamualaikum.


sebelum pergi daftar. *abaikan senyuman yang fake-fake tuh. haha.aku sndiri tgk pun meyampah. =,=

November 14, 2011

goodbye !

assalamualaikum ;

lagi 26jam lagi sebelum nak pergi kedah. cepat-cepat la esok. tak sabar nak balik nh. rindu semua kat kedah tu. yes. dekat seremban aku tak bahagia/seronok macam kat kedah. maksud aku, kat kedah boleh keluar anytime dengan kawan/pakwe. nak buat apa pun tak kesah. janji pandai jage diri dah. cuma kat seremban tak pernah tak cukup duit. nak duit, anytime mintak je kat ayah. mesti bagi. tapi ada duit pun nak pegi mana je. mak bukan bagi pun nak lepak sana sini. so, dengan duit tu, aku habiskan dengan coolblog. haha. puas hati. hmm. duit bukan segalanya kan. buat apa ada duit tapi tak bahagia. kat kedah even tengah pokai pun, seronok je.

tadi bangah  balik kelantan, esok aku pulak balik kedah. hehe. tinggal lah mak ayah, alang dgn sorang budak bodoh nh. ko boleh berambus la. semak tgk muka ko! ahh. persetankan semua nh. sepanjang aku cuti sem, bergaduh je dgn dia. tapi aku sabar. tapi tadi mulut dia dah sama level dgn anjing. sukahati aku la aku nak tgk cerite apa pun, ko sibuk kenapa? ko tgk tv, aku tak penah kacau. astro tuh bukan ko bayar pun. mulut ko dengan longkang sama busuk weh. huh!
kalau boleh tumbuk, dah lama ko arwah! haha.

okk. sekarang lupakan budak bodoh kat atas tuh. lupakan semua. now, tengah packing segala macam barang nak bawak balik kedah nh. haha. tak sabar sangat. dokumen penting pun semua dah siap. tinggal pack baju dengan barang electronic je nh. tu semua besok boleh buat.

1. surat daftar
2. bank slip utk yuran daftar
3. tiket bas eagle ekspres

beg blm siap kemas lg. tak tahu nak bawak bear ke tak. :)

dalam excited nak balik, tapi sedih sebab kena tinggalkan orang/benda yang aku sayang. hmm ;

  • fisrt ; mak dengan ayah. :(

 
  • second ; insyirah and munirah :(
     
  • segala jenis yang mak masak :(
       

  • channel-channel tv kesayangan. lepas nh tak boleh tgk hari-hari dah :
  1. channel 393-one hd ; running man.
  2. channel 701-axn ; segala episod csi miami/ny, leverage, hawai five-o.
  3. channel 710-fox ; terra nova, ncis.
  4.  channel 712-star world ; junior masterchef, hell kitchen, ANTM, guilliana & bill, kardashian's.
tapi dalam masa yang sama tak sabar nak jumpe/buat ;
  • pakwe. hihi ^^
  • kawan-kawan
  • kolej/lecturer
  • jiran sebelah anak cina ; miemie dgn didi
  • abe-abe insaniah. haha :P
  • shopping kat tesco/longwan
  • merendek malam-malam
  • pegi makan ramai-ramai
hmm. macam-macam lah aku ni kan. ok lah. nanti buat entry lain eh. byeee :)

November 6, 2011

malam raya aidiladha' :D

assalamualaikum ;
pertama sekali aku nak ucapkan ;

▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ஜ۩۞۩ஜ ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
♥♥♥ SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA MAAF ZAHIR&BATIN ♥♥♥

▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ஜ۩۞۩ஜ ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬

*copy paste dari kak bas ja pun. hehe :P


kedua sekali. haha. *sambungan dari pertama sekali* sekarang jam kat screen laptop pukul 4:45 a.m. dan aku masih macam biase still lagi dah bole tidur. lagi bapa jam je lagi nak semayang raya nh. insya-allah kalau aku bole "bangun" mesti pergi. kalau tak semayang dalam mimpi je lahh. haha.

ketiga sekali. nak cakap pasal malam raya. hmm. macam biase umah aku wajib ada takbir tiap-tiap tahun. and menu tahun nh mak aku nak ala-ala barat sikit. nak buat sandwish plak, nasib ada menu kampung ; lemang-rendang ayam/daging and beberapa kudapan untuk mengunyah.
dalam pukul 2 mcm tu mak masuk bilik suruh bangun pastu pi giant beli barang. haha *cuak. ingatkan nak marah td bgn lambat. hihi :D so, dah habis beli, balik and kemas rumah then siapkan sandwish tak seberapa tuh. hehe. alhamdulillah orang datang takbir  tadi berpuas hati dengan menu barat tersebut. haha :)

yang ke-empat pulak ; habis je takbir, kemas-kemas then layan running man kat youtube dlm bilik pastu dgr bising-bising kat luar. ohh. along baru sampai. yang bising tuh insyirah sebab dapat mainan baru. kecohnya sampai satu umah dengar. padahal LEGO je pun. hihi. aku pun apalagi, berlagak macam aku yang punye, main la dgn si kecik tu. sampai berebut nak buat dulu. ni lah hasilnya. tak seberapa. tapi aku bangga boleh kalahkan insyirah. kahkahkah :D



haha. meet mr. gajah *belalai dgn ekor mmg tercacat. :)


percubaan kedua. mr. robot. *tgk kaki insyirah hampir nak sepak. nasib baik sempat halang. hihi :D


insyirah mengamuk sebab percubaan nk hancurkan mr. robot tak berjaya. haha. *cepat2 aku lari masa dia nanges nh. :P

**takziah  kpd kakak membe kawan aku. meninggal excident. 
**tadi aku baca blog budak nh. aku tak pernah kenal apalagi berjumpe. entry dia pasal bf dia curang. kesian sangat. tapi takde jodoh kan. even aku tak kenal dia langsung, tapi aku harap engkau kuat. tenangkan diri dulu buat seketika. chill beb ! semua nh ada hikmah. doakan yang terbaik utk ko. *terharu aku baca entry dia tadi walaupun taktau pape pun pasal dia. hope lelaki-lelaki kat luar tuh, hargailah pasangan anda sebaik mungkin. :D

November 4, 2011

result !

assalamualaikum ;

hmmm. setelah tiga jam tunggu result kat emel akhirnya baru dapat tengok. uisshhaaii. giler la teruk. tapi mmg da expect pun mcm nh. pointer jatuh! cgpa ciput lah ai naikya pun ! paling aku tak bole blah volleyball aku kenapa boleh C ? sikit lagi buat aku repeat tau? ntah pape je la. dammmmitt. tapi bersyukur takde apa yang repeat. cume tanggapan aku untuk CTU tak penah tak betul. kalau nak A, skor lah CTU. hehe :D CSC B+ kot. siyes aku tak jawab CSC tu nak tak nak je. ntah la. redo je lahh. next sem buat betul-betul. jangan main-main. haha. ni lah je ayat aku kan. tapi tak penah nak ubah pun. jap. jap. aku bg buktinye.
haa. amek. aku tak tipu eh. volleyball aku memang C demmitt ! haishh! tapi still alhamdulillah semua lulus :D


hmm. ni aku edit. mana boleh tgk semua kan. aku nak korang fokus kat VB tu je. haishh. apa la. sir janji aritu kalau dtg buat test konfem A. ni lain plak. sir tipu laa. musnah tau harapan saya sir. bersungguh-sungguh buat test yang ntah mcm apa je pun. mcm2 gaya nak buat. hasilnya C ok!

November 3, 2011

tagged #2



  •  aku cantik tak? HAHA :D *soalan minx kaki neh. 


           = yes. you're beautiful anum. semua yang allah ciptakan semua cantik-cantik. so, bersyukur tau! :D
  • bagi aku tips nak kurus dengan cepat plish! sila senaraikan sekurang2nya 5 tips. sila perah otak sekarang                                   
         
   = satu ; akak takde tips nak kongsi. :)

           = dua ; kalau ada, mesti badan akak tak macam nh sekarang. haha :P
           = tiga  ; selagi sihat, tak payah la nak kurus. penah dgr tak even kita nh XL++, still menarik. 
and seksi. haha xD
           = empat ; kalau kurus tapi ada penyakit, tak gune jugak kan? yang penting sentiasa sihat ^^
         = lima ; malas nak fikir dah. yang penting bersyukur dgn apa yang ada * haha bersyukur lagi :D

  • between BF/GF and friends. ampa pilih yang mana? and why?
    = tak tau la. bagi akak dua-dua sama penting. but selagi BF tu blm jadi suaami, kawan tetap yang terpenting. sebab dengan kawan-kawan kita boleh share semua benda. tapi dengan BF boleh ke? tapi macam mana pun, dua-dua akak sayang :)


  • harta,pangkat,darjat, perlu ka jadi kayu pengukur dalam sesuatu hubungan? sila jawab and jelaskan jawapan anda.

         = kalau dalam kehidupan maybe yes, tapi bukan semua. kalau dalam hubungan? tidak sama sekali. sebab benda-benda nh semua tak jamin hubungan tu kekal sampai bila-bila kan. selalu yang bercerai berai nh semua berharta, berpangkat. so, dalam satu perhubungan yang penting saling sayang,cinta satu sama lain, jujur, setia and percaya satu sama lain :)

  • raya haji neh raya kat mana? baju raya kaler apa? berapa pasang? sama dengan BF/GF x temanya?
       = raya haji nh kat rumah je sebab rumah dekat dengan masjid, so tgk lembu sembelih kat masjid je. tak penah pakai baju raya utk sambut raya haji nh. selalu bangun, semayang makan-makan then sambung tidur balik. bangun je tgk lembu.haha :D . sama dengan BF? tak la. dia baju raya pun takde. hihi :P


  • aku mangsa ketagihan facebook. ampa camtu x? slalunya online bapa lama? apa yang ampa buat,online lama2?

             = akak pun lebih kurang je nh. ikut la bapa lama. kalau macam dah bosan, tutup then sambung balek. benda first aku buka mestilah FB then blogger. hihi. :P


  • senaraikan perangai buruk anda. berapa pun tak kisah lah. saja ja nak tau. jujur k. no tipu2

             = suka kentut kuat-kuat sebelum tidur. kawan-kawan selalu jadi mangsa. 
tapi takde bau ok. haha. baru lena tido. kahkah ^^
             = tidur wajib berdengkur. haha. kesian kawan-kawan aku. tahan je la eh. tak boleh ubah dah ^^
             = suke minta tolong kawan-kawan utk benda kecik contoh "tolong tutup lampu jap", 
"tolong jap amek barang katatas", haha. selalu jadi mangsa ath la. :)
= susah kawal pundi kencing. haha. n xD


  •  kawan yang sama jantina or yang berlainan jantina lagi best? why?

             = dua-dua best sebab banyak benda, tips, pengalaman boleh kongsi bersama tau? so, hargai lah dua-dua kawan anda.

  • BF/GF terlalu mengongkong. tindakan and camna nak hadapinya?

             = mengongkong? tak pernah la pulak setakat nh. harap-harap tak la. kalau dapat mcm nh senang je first kita  cakaplah kita tak suke kongkong2 nh. kalau dia tak dengar jugak is time
 to say bye-bye boyfriend. kihkihki3 :D

  • kepada girls, ampa semua suka make up x? kalau lelaki, suka x awek yang pakai make up?

              = aku girls of coz la make up kan. tapi ikut keadaan jugak. kalau setakat nak pg tesco depan umah, nak gi makan ke tak payah la tepek compact tebal2, tak payah pakai celak mcm panda. ahha. selalu kalau nak hangout je, baru makeup sikit. tu pun compact, eyeliner, contacts ngn limp balm je. kalau pakai spek, tak payah eyeliner. nanti tak nampak. so, lelaki tak kan tak suke GF lawa-lawa kan. lainlah kalau GF kau makeup mcm badut tak pun mcm opera china tuh. haha ^^

  • kalau boy/girl ampa ramai kawan lelaki/perempuan (berlainan jantina), ampa jelez dak? apa tindakan ampa? (kalau tadak, buat2 ada sudah.

 =tipulah kalau tak jeles. tapi ikut la mcm mana tindak tanduk diorang kan. kalau rapat semacam bukan kaw dh. lain jadinya. yang penting percaya pasangan. well, tepuk sebelah tangan tak kan 
bunyi kan? pandai-pandai  lah fikir ya. tak salah nak kawan. janji tau batas tu mcm mana :)


so, selesailah tugas akak yang anum tagged. sorry jawapan untuk 2 entry khas tuk anum nh panjang berjela-jela macam karangan dah. and sorry kalau akak tak ikut rules tu ya. hehe. terima kasih tau :)

tagged #1

assalamualaikum ;

haaa. hari ni nak cakap TAGGED. tau tak apa? jangan tanya aku, sbb aku pun first time nh. so, aku cuba yang tebaik. *mcm nak jawab exam nh.

first of all thanks to my Jr ; Sis Anum - orang bertanggungjawab aku buat entry kali nh. so, lets look the question and anwser it. oh yeah! *semangat

sebelum tuh benda alah nh ada RULES jugak ok. tapi aku nak tukar sikit. ada 3 je. yang lain tu mcm tak payah kot. sbb aku tak reti nak tag-tag orang. hihi ^^ ;

  1. bagituhu apa rules dia.
  2. 11 point tentang aku
  3. jawab semua soalan dengan betul. paling penting jujur.
so, paham kan rules dia mcm mana. sng je. siap aku translate lagi. haha.

rules one: dah tulis dah pun. so, misi selesai !

rules two - ni kena bagi aku masa. ok DONE ! :)
'11 things about yourself'
  1.  seorang budak bernama NURUL BASYIRAH KAMARUDIN. family pgl aku nurul, yang lain bas je. napa bas? eh, ikut suka aku la. nama aku kan. hehe. aku dilahirkan di negeri yang baru menang PIALA MALAYSIA tu. alaa. yang kalahkan ganu tuh. haa-negeri sembilan la. haha. *saja nak mention. then aku ada 5 siblings. 4 abang and 1 maybe tersesat kot. haha :)
  2. aku sekarang tercampak nun jauh utara tu utk mendapatkan segulung diploma and disusuli dengan ijazah *insya-allah dekat poly-tech mara alor setar, kedah dengan mengambil course aliran UiTM-office management selama 2 tahun 6 bulan. sekarang aku nak masuk semester empat pada 17/11 nh. hope result kali ini ok sama macam semester2 lepas. aminn~ 
  3. apa lagi ea?? jap. pikir. ohh ok. aku memang gilakan kucing. fisrt BLACKIS-kucing hitam, garang and ada ekor pendek  terbantut gara-gara tersepit kat pintu kete. sebabkan balckis, aku dapat 3 kali suntikan kancing gigi-tapi mmg tak penah kena la. just nak bagi pencengahan je sebab banyak sangat kena gigit, cakar and mcm2 lagi. tapi aku still sayang kat dia sampai sekarang even dia dah mati pada 6 january 05. mmg aku down giler masa dia takde. sampaikan seminggu aku takgi sekolah. second is TIGER-kucing nh comel, baik, manja and dengar cakap aku. tapi takde rezeki lagi bila dia hilang tak balik sampai sekarang. last aku jumpe dia masa nak pg belajar kat kedah, balik2 je mak cakap dia tak balik dah seminggu. lagi lah aku down.cari macam nak gile. takpe. aku reda. now, rumah aku still banyak kucing, semua aku sayang tapi aku still takde lagi kucing pengganti sebab aku dah trauma! :')
  4. aku seorang yang kuat makan-tipulah kalau tak kan. tgk bdn pun tau. haha. even ramai suruh aku diet, kurus still tak bole sebab bagi aku makan banyak mana pun berat aku dalam 65-75 je. tak caye? peduli apa aku. badan aku, taulah nak jaga. haha. insya-allah satu hari nanti eh. sapa taknak kuruskan. buat masa sekarang, aku bersyukur je as long as aku takde penyakit2 kronik. alhamdulilah :)
  5. makanan feveret aku mestilah sambal. aku makan semua jenis sambal. sebab orang n9 kan mkn pedas. so, dah biasa. kalau ta pedas tuh, mcm tak lengkap je makan. apa yang aku tak makan benda-benda pelik, makanan yg kau jarang jumpe and sayur yang lembik bila dah masak macam tomato, bendi, terung, petola dan banyak lagi. sayur fav aku kangkung, sawi and kailan. ramai tak suke sebab pahit kan? haha :P
  6. and lagi apa pulak? ohh ya.aku seorang yang suka ketawa, gelak besar and kuat-kuat. tak suke? tak heran lah. sebab selagi aku boleh happy, biar lah kan? kalau keluar dengan member, ada je benda nak gelak. ada je benda kelakar kiteorang buat. tak caya? pi lah tanya diorang semua. haha. and aku jugak jarang nanges!
  7. aku susah nak share personal kat sape-sape. even kawan baik aku pun. apalagi kalau ada masalah kan? bagi aku selagi boleh settel sendiri, aku go on. aku nak share pun benda yang penting je aku rasa. satu lagi aku tak pandai selesaikan masalah orang secara private. paham?macam sorang ada prob, ramai-ramai bagi pandangan aku tak kesah. tapi kalau aku sorang je, mmg tak pandai. haish :/
  8. aku ni banyak cakap, tapi tak tau nak mulakan something tu mcm mana. mcm jumpe kawan baru ke, pastu keluar dgn kawan berdua ke, memang aku tak pandai. biasanya aku akan jawab je diorang tanya tapi bila dah cakap, mmg susah nak berhenti. cume bila dengan family aku banyak diam. taktau nak cakap apa. hehe. kelakar? aku rasa ada sikit la. aku suka buat kawan-kawan aku ketawa je. taknak la sedih-sedih.
  9. fakta ke9 - selain sukekan kucing, aku jugak sukakan budak-budak. baby aku kurang sebab ragam dia banyak sangat. budak tu comel ke tak aku tak kesah, janji dia selesa and boleh buat apa je.  lagi-lagi bila dia tersenyum je.  and aku annonying gile kalau budak or baby kuat nanges. sikit2 nanges. ishh. rimas tau tak? haha. tapi aku suke sakat insyirah. ada je benda aku nak usik. selagi muke tak cembeng selagi tu aku kacau. kalau dia nanges, cepat-cepat aku lari. haha :)
  10. lagi satu aku tak pandai nak romantik ke manja ke or apa-apa je yang berkenaan. mmg aku tak dilahirkan mcm tu, so maaf ya. contoh bila mkn nak suap-suap. macam ada member mintak mknan sikit ke then suruh suap. haish. tangan ada kan? so, guna la. *ramai member aku suka komplen. ala suap pakai sudu je pun. sorry ya kawan-kawan *peace! pujuk? lagi la aku tak pandai. kalau aku salah, yes aku akn pujuk sekali. tapi kalau mengedik nak merajuk lama-lama, dah bole jalan dah. bye-bye je aku cakap. haha :)
  11. lastly is aku suke bergambar. even takde camere mahal ke hp mahal ke takpe. janji aku nak bergambar jugak. haha. selalu nya hp kawan-kawan or hp dia akan jadi mangsa. hehe. lepas tuh kalu bergambar aku suka senyum sampai ke telinga then nampak lesung pipit. haha. comel tak, comel tak?? kahkah. mesti korang geli kan? sebab tu aku letak last-last sekali. pandai tak? hihi :D

so, cukup la 11 pasal aku. panjang kan? selamat membaca. kalau bosan, rehat dulu then baca balik. kahkahkah ^^, tapi ada lagi satu tak selesai. aku tak jawab lagi soalan-soalan junior aku tuh. hehe. merajuk nanti dia. soalan tu akak jawab next entry ya dek. panjang sgt nh. huhu :)