May 26, 2013

Taman Negara Pahang Part 2

Assalamualaikum ;

okayy ni sambungan dari Part 1 penatnyaaa la nak taip walaupun gambar je lebih sebenarnyaa. hahaha. so lepas breakfast buat ice breaking kejap. lepas tu start aktiviti. hari kedua memang masuk hutan je. naik bukit teresek. fizikal & mental kena kuat. perghh nak naik dia. tinggi kemain. kalah KBM tau. rasa nak tercabut lutut woi. azab gila. rasa nak give up je separuh jalan. aku kalau jalan orang pertama tapi kalau naik tangga memang jadi orang paling last. rasa nak nanges je bila nampak papan tanda bukit teresek tu. tak sangka kuat jugak aku nak sampai atas. haha. lepas tu naik canopy walkway. okayy. jambatan gantung ni aku paling excited. seronok woi cumanya ada laluan yang tutup sbb tengah renovate. kalau tak mesti lagi seronok lagi. aku naik siap lompat-lompat lagi. cumanyaa orang depan belakang aku la gayat sikit so tak boleh la nak have fun sikit. asal aku goyang je dorang jerit-jerit -___- tak mencabar la mcm ni. tapi terpakse la ikut dorang. kang ada jugak yang menangis atas tu. hahhaha.


amboi. gurau kasaq abg bina badan ni laa. untunglah tinggi badan ketak-ketak. 

sebelum naik bot. 

kat belakang tu sebenarnya kabus. tapi tak berapa nak nampak. 



ketua projek. abang shah kot. haha. lupe plak. 


kami team kura-kura merah. 


bersama abg guide kami. petir kebabom. wakakaka.

depan chalet taman negara. cantik-cantik chalet kat sini. 



muka masing-masing penat. tapi nampak je camera automatic tersenyumm. 

tutup sikit mulut tu bang. hahaha.

tak tahu mana dapat nama petir tu. sebab kurang pencahayaan ke? wakakka.

mat-mat salih memang bersepah woi. 


see? hitam putih pun semua ada. kekekeke.



comel gila budak ni. geramm je tengok.

family sporting dari england. anak semua comel-comel. 

nampak dah muka kepenatan tu.





sampai jugak bukit teresek ni. seksa gila nak sampai sini. tangga tinggi gilaa. 

abang ketak-ketak pun nak jugekk. 





seri cahaya? kahkah2. 




nampak je panjang tapi bila jalan rasa sekejap je bagi yang tak gayat la. haha. 

masa nak turun ni memang rasa lutut vibrate. penat weh. naik penat turun penat. fuhhh. 





gambar kenangan sebelum balik. sedih tak dapat baju trex sbb saiz habes T___T

selesai hari kedua. alhamdulillah habes jugak camping ni. seronok tak payah cakap. memang terlebih seronok. macam-macam dapat belajar, dapat pengalaman baru. kenangan sungguh :') rindu nak pergi sini lagi. terima kasih kelas t-rex buat aktiviti macam ni. ada jugak nak rasa peluang buat outdoor ni. terima kasih farah sebab ajak bas dgn ath and terima kasih belanja bas. terima kasih abang2 guide yang layan kami dengan tabah. haha. terima kasih taman negara pahang! insya-Allah kalau ada rezeki panjang umur mesti datang lagi kat sini. dan yang baca entry ni pun terima kasih banyak. hahhaha. :)



Taman Negara Pahang Part 1

Assalamualaikum ;

hellooooo. im backkkk. hahhhaha. fuhhh. memang lama jugak laaa tak jenguk blog ni haa. kesian. kesian. ingat dulu nak update bila masuk uitm. sekarang tinggal kenangan. mood nak update hilang terus sebab cerita dulu baru nak cerita. tak bape nak best gituuu. hahha. gambar pun bersepah-sepah. tapi kalau mood dah takde, terpaksa lupakan je. takpe laaa. kenangan tu tetap ingat sampai bila-bila. hehehe :P

sekarang ni pun nak cerita pasal pi camp kat taman negara pahang minggu lepas. such a great experienced. sumpah besttt! rasa macam nak pi lagi. seronokkkk woi! rindu nak duduk sana lagi. insya-Allah kalau ade rezeki mesti sampai lagi. terima kasih Kelab T-rex. T-rex ni under kelab Finance. tapi aku budak Osm, belasah je nak join. haha. nanti kalau ada aktiviti lagi, jangan tak ajak plak. haha. pergi pun tak plan sebab last minute. tu pun farah bg tahu hari khamis. sabtu nak gerak dah. aku pun on je laa. sebab dah lama tak masuk hutan ni. peluang bukan selalu dapat kan. naseb baik ath pun nak join sekali.

so plan asal farah cakap nak gerak jumaat malam. tapi sebab jumaat malam majoriti budak finance ade test. tunda sabtu pagi plak. disebabkan semangat punya pasal pukul 5pg dah bangun siap-siap pukul 6.30pg keluar rumah. sekali bas lambat, pukul 7.30 baru gerak. apalaa naseb. dalam bas memang sakan la tido. tapi keadaan bas sangat-sangat tak memuaskan. bas goyang-goyang. seat sempit. driver suka-suka hati je merokok. haishhh. berapa kali jugak aku tahan muntah. sabar je la kannn. janji sampai sudahhh. nak bagitahu ni aku pi sana tak bawak wallet. takde duit. takde ic. jadi pengemis jadi pati sekejap. hahhaha. cuai gilaaa. -,-

Day 1: 18/May/2013 (Sabtu)


sementara tunggu bas yang lambat, ada benda jadi sebenarnyaa. beg aku galas kat belakang tetiba masuk longkang kat belakang tu. siot beteiiii. lebih muatan agaknya. elok elok duduk sekali tetibe rasa ringgan je kat belakang. aku ath farah bantai tergelak laa. dah penat gelak baru amek naik atas pi basuh kat surau ayam. kelakar sebenarnyaa. pagi-pagi gelak sampai senak perut. hahahaha. 

sampai-sampai je ada masalah sikit sebab tapak camp full. settle punya settle last-last pihak sana offer bilik. memang tak rasa feel sgt la kan bila pi camping tapi tido balik bukan khemah. haha. tak adventure la katanyaa. dahtu nak tido mana plak kan? tepi sungai tembeling tu? takpe laa. ada hikmah sebenarnya sebab malam tu hujan lebat gila. kalau tido dalam khemah sure la basah. mmg tak boleh tido jawab dia. so amek je la bilik kan. lagipun semalam je nak tido. lepas je siap solat, makan simpan barang apalagi. mulaaa la aktiviti kan. 

sapa-sapa yang tak tahu tu, taman negara pahang ni di pisahkan dengan sungai kat tengah-tengah. antara sungai tembeling dgn sungai pahang kalau tak silap. so dari tempat kita tinggal nak pi taman negara pahang for sure kena naik bot unless kalau korang semangat nak berenang kan. wakakakka. setakat ni tak pernah lagi la orang berenang nak pi sana. hahaha. so sebelum tu kena pecah 3 group. sbb satu bot bole muat 10 orang. group kura-kura, labi-labi dengan penyu. ntah apa nama dia bg tak tahu. lucu gilaaa. satu kumpulan dapat satu abg guide. abg guide kat sini nama semua pemes bajet artis. sorang Petir, Carlito dgn K. nak pi mana je pun. duk dalam hutan je. hahaha.



ni group pertama: kura-kura. ntah pape je nama abg guide ni bagi. 

kalau boleh semua posisi nak tunjuk. hahahha. 

seronok gambar ni. abg guide buat lawak apa ntah habes semua gelak nampak gigi. 

semua tengah fokus senyum tetiba abg guide pi simbah air sungai. semua muka terkejut. 


aktiviti pertama kiteorang buat rapid shooting. sebab apa shooting? ni haa nak bagi tahu. korang duduk dalam bot then datang bot lain dia shoot korang dgn air sungai dari side tepi. perghh. kena tepat kat muka weh. mula-mula rasa nak marah. tapi lama-lama seronok gilaa. siap jerit-jerit cakap buat la lagi. kalau air deras rasa la bot tu goyang-goyang. yang abg2 guide pun apa lagi. lagi dia goyangkan bot tu ada lah. rasa mcm nak terbalik je. hahaha.  gambar kena shoot dgn air takde plak. ye laa. kang air masuk camera plak. gambar atas bot je la yg banyak. 

nanti bot kumpulan lain datang haaa amek kena shoot semua. kalau duduk tengah2 memang malang. kiri kanan depa shoot. so kamilah yang malang tu. haha. 






aktiviti kedua plak melawat perkampungan orang asli. ni lagi satu pengalaman baru buat aku. tak pernah tengok orang asli depan-depan. cakap2 dgn dia. pegang dia. haha. bajet mcm alien ke apa. jakun kan masing-masing. seronok tengok life hidup diorang. semua serba kekurangan tapi boleh je survive bertahun-tahun. ada jugak la 2-3 orang paham bahasa kita. yang lain tu kalau cakap semua buat muka blurr. dapat yang sporting syok la. dapat yang penakut nampak kita je semua dah lari. hahahha. dekat sini korang dapat 2 demo dari diorang. satu demo nyalakan api. satu main sumpit. ohh kalau korang datang, bawak la buah tangan sikit sebagai tanda terima kasih sebab diorang dah layan kita kan. selalu bagi beras, baju, gula-gula utk budak-budak. 


anak diorang ni gebu-gebu weh. gerammm je. 

ingat omputih je seksi? ni pure punye seksi. hahaha. 

depan rumah depa. kagum tengok depa semua boleh hidup macam ni.



adik ni malu-malu plak. ada satu perkataan dia cakap sampai sekarang aku tak tahu maksud dia. "hosuwau"
bila aku cakap balik diorang semua tergelak. hahaha. 


makcik ni buat gelang manik tauu. RM50 seutas. no diskaun. kelasss kauu. hahaha. 

muka-muka excited jumpa sedara-sedara baru. wakakka. :P

ngehehe. adik ni pemalu. tapi bila suruh dia buat, mesti dia ikut. masa ni aku tengah ajar high-5. memang dia buat. aku yang terkejut. :O

upah bagi choki-choki. seronok kemain. haha. 

adik ni sporting. tak takut oran. aku dukung pun relax je dia. cuma tak boleh cakap je. haha.


fokus je semua tengok demo nyalakan api. 

diorang ni nyalakan api bukan senang2 pakai lighter tau. aku nak bgtahu pun panjang sgt, tengok la video kat bawah ni. kagum gilaaa.


video















habes je aktiviti masing-masing balik bilik. ingat nak rehat tapi disebabkan bilik air kena kongsi kena la berebut-rebut mandi. sebab malam kang ada aktiviti lagi. night walk kat dalam taman negara tu. mandi je makan terus gerak naik bot pi sana. kejap je. dalam 2-3 minit sampai dah. kat sana baru betul masuk taman negara. night walk kat sana dia bawak kita ronda-ronda dalam hutan je. tunjuk binatang2 yg ada. aku dgn ath ingat dia lepaskan kita sorang-sorang jalan malam-malam tu. sekali salah plak. haha.masuk sini kena ada permit masuk. sapa bawak camera kena buat permit camera. RM 5/camera. aktiviti malam tak banyak sgt gambar sebab masing-masing fokus dengar taklimat abg guide. satu-satu binatang dia tunjuk. ohh korang jalan atas trek je. tapi panas sebab kat hutan tu angin memag susah nak masuk. abg guide tu la cakap. aku percaya je. haha. 









selesai aktiviti hari pertama. yeayyyy. balik-balik je aku dgn ath gaduh cari makanan. lapar woi. naseb ada kedai. dah la aku takde duit ath plak tinggal RM10 je dlm wallet. sudahnyaa pinjam farah. haha. tak sedor duit takde tapi nak suppers kononnya. Elok je habes makan hujan kemain lebat turun. tunggu hujan reda berlari masuk bilik pastu membuta. hahaha. tunggu part 2 plak. tak larat dah taip panjang-panjang ni. terima kasih sudi baca. byeeee :D