January 16, 2013

K A M I !

Assalamualaikum ;

benornyee semalam nak buat entry ni. pastu tetiba tergoda pulak dengan drama korea The King of Dramas, terus cancel niat nak buat entry ni haa. tu pun agak lambat tengok, naseb bole rewind balik. haha. hari ni naseb mood rajin tetiba datang nak update pasal korang tauu. :)

so, semalam kami berempat macam biasa, plan nak lepak-lepak sebab lama tak jumpa. sorang belajar sarawak, sorang belajar shah alam. sorang practical sorang lagi menganggur terhormat. (bole agak rasanya sapa kan)

sesapa rasa kaya, makan lah sini. sesapa rasa kayap, duk diam-diam je. :P


plan punya plan macam biasa tempat wajib lepak tak lain tak bukan mesti senawang. again and again. haha. tak kisah laa. janji dapat lepak. lokasi pertama kat penang street. haa. sampai ke penang kami lepak. haha. takde lah. kedai ni nama penang street. first time datang situ, ingat harga standard la mcm kedai lain. sekali kauu. semua mahal-mahal. fries je RM 7. menangis jap dlm hati tgk harga-harga makanan tu.  last-last semua order air je. sebab ejat ajak makan kat mcd. kat sini minum air je lah yee.


see, my fav 3 layer bandung total RM 4.95 lepas tax. bayar RM 5, dapat baki 5 sen je. haha. 

so, lepas minum, borak-borak sambil tangkap gambar. gelak sakan kemain. lama kan tak tangkap gambar sama-sama. masing-masing lepas ni jauh dahh. kiteorang lama pun sebab bergambar sakan tak ingat dunia. haha. macam-macam gaya ada. meh, please rajin nak scroll gambar. :)


si artis ni sibuk posing sebelum pilih menu. :P



aku paling lemah gambar candid. rasa awkward sangat *krik krik krik




bila duduk rasa mcm setaraf walaupun sikit je la rasa.

bila diri, nampak sangat aku KLCC! jauh betul beza -_____-

see? nampak adik-adik betul. =__='


budak paling susah nak control. hyper memanjang!

motip gambar nak tunjuk air, pastu sekali kan dengan BB masing-masing yang colourful. 

again. soo awkward. 

bayang-bayang kat dagu tu buat mcm aku ade taik lalat pulak. besar kemain. 


ni paling di buat-buat yee. ntah pape masing-masing. haha.

kakak kita makin ayuuu sejak duk sarawak ni. :)

muncunggg itik. 


1, 2, 3 tunjuk gigi please. good masing-masing.



okay. take five jap eh. sebab banyak lagi gambar. lokasi seterusnya kat dataran senawang. masing-masing
kemain posing tak nak kalah :)





 







habis lah yee takat ni. penat woo nak curi gambar, nak upload lagi. haha. banyak lagi gambar sebenarnyaa. tapi cukup-cukup la. yang ada ni pun tak terkira masa nak upload. lepas je bergambar, terus ke mcd sebab ejat mengidam. maghrib-maghrib lepak mcd. haha. kat mcd semua fokus makan. so, gambar takde. naseb baik kan. hehe. next time aku rasa makin banyak la lagi jawabnyaa. hehe :D

aku harap sangat persahabatan antara aku, hajar, iqlima and ejat kekal sampai bila-bila. sampai lah masing-masing kawen, sampailah masing-masing dah beranak pinak. dengan hajar, 13 tahun dah kawan. cepat je masa berlalu. dulu selebet/selekeh je. sekarang hot dah kau. merasa jugak aku kawan dgn artis. hehe :)
dengan ejat and ma, dah 9 tahun since kenal masa form 1. masing-masing sekarang muka sama je macam dulu. cuma badan je berubah sama la dengan aku ni haa. kita geng *sep sikit*. hehehe :P

aku doakan korang semua berjaya dalam hidup tak kira la bidang apa yang korang ambil. semoga masing-masing dapat capai impian yang lebih baik dari semalam. masing-masing dah matang. dah pandai berdikari. jaga diri. jaga kesihatan. jaga hubungan kita. sayang korang semua :* :*

January 14, 2013

YooBao Power Bank 13,000 mAh

Assalamualaikum ;

sebelum tu bagi yang tak tahu apa tu power bank, meh nak habaq mai. ni ikut pemahaman akal logik aku tau. aku gelarkan dia sebagai charger mudah alih then charge banyak mana korang nak tanpa gunakan plug / suis. paham tak? senang cite, kalau korang kat luar, then tetiba battery drained kan, guna je bende alah ni. senang je. tak payah dah pening mana nak cari plug kalau battery habis kan. kalau macam aku sebagai BB user,  nak-nak kalau online tak ingat dunia. mcm BBM, twitter, facebook, wassap, foursquare plus kalau korang ni jenis selca (pi google eh), sah-sah battery cepat betul nak mati. kalau dulu standby charge extra dalam beg, then kalau singgah masjid terus cari plug nak plug in. tu pun battery tak fully charged.

so, sekarang dengan adanya power bank ni sangat lah memudahkan keje aku. tak payah risau tiap kali battery nak habis. aku tak pernah tahu pun benda alah mcm ni wujud sampai la aku baca satu blog ni pasal kegunaan power bank. bila dah tahu, mula lah buat survey itu ini. pasal harga, perbezaan, size/kapasiti, jual kat mana, semua aku amek tahu. yang aku tau lagi tinggi mAh. lagi mahal harga dia.

then ntah macam mana salah satu kawan blog aku ade jual plak benda ni. rezeki betul. cumanya online shopping je la. rasa mcm tak puas je kan sebelum beli tu. tapi, tu je lah yg senang dapat bg aku. lagipun orang seremban jugak. murah pun murah jugak. 13,000 mAh baru RM 160. selalu dekat RM 200 jugak kalau lebih 10,000 mAh. terus order je lah kan. ohh ye, kalau rasa berminat nak order ke, click SINI !!

aku order awal bulan aritu, baru dapat sekarang sebab pos pertama tu owner tersalah pos plak. naseb pos kali kedua sampai jugak. haha. takpe la. aku pun bukan nak pakai cepat. janji dapat barang kan. owner cakap nak pos ari jumaat, so aku ingat maybe isnin sampai. sekali sabtu sampai dah. naseb family ade rumah. sbbnya aku masa ni berjalan sakan dah kat KL tu haa. baru hari ni balik. excited tau balik-balik je terus bukak parcel. then terus buat entry. setakat ni tak tau lah bape kali bole charge penuh. sebab tak cuba lagi. hehe. nanti dah try aku gtau ehh. haha. so, meh tengok gambar yee.

parcel.

view dari dalam setelah di bukak plastik.

view power bank depan, tepi dan usb cable.


adapter utk charge powerbank, usb cable (BB user) and connector (ipad/iphone/tab/samsung)

lampu kat mata tu ada function tau. kalau merah tengah charged, kalau biru fully charged.

setelah di charge menggunakan powerbank. *happy face*

setakat ni baru berapa jam guna sangat lah puas hati tau. aku tengok TV kat depan pun angkut benda ni sekali. malas nak charge dalam bilik. hehe :P cuma berat sikit je. abang aku pun sempat pinjam nak charge tab dia masa tengok bola kat kedai tadi. ciss. tau2 je aku dah beli. haha. aku harap tahan lama lah yee riwayat dia ni. berguna sangat bagi aku. terima kasih orang yg jual. terima kasih YooBao PowerBank. :)


January 9, 2013

manusia kurang ajar !

Assalamualaikum ;

ni cerita masa pi pasar malam tadi. aku pi pun semata-mata nak beli coklat fountain tu. tau tak apa tu? alah, tgk gambar kat bawah ni tahu kan apa. tak tau jugak tak dapek nak nolong. pi tanya pakcik Google tu pi. hehe.

haa, tahu dah. ni la nama dia coklat fountain tuh. tgk je menyelerakan kan. telan-telan air liur lagi. haha. 

aku ingat hari ni ade la jual benda alah tu, sebab aku tengok jumaat lepas ade jual, tapi tak dan nak beli sbb ada hal lain masa tu. sekali takde plak jual hari ni. siot je tau. takpelah takde rezeki kan. lain kali je yee. :)

see, mukadimah tak kena dgn tajuk entry kan. hikshiks :P . sebetulnya aku nak cerita pasal pakcik jual goreng2 kat pasar malam tadi. sakit hati tau. aku nak beli kueyteow goreng tadi, tapi sebungkus RM 2. aku tak kisah la harga tu, tapi selalu aku tengok dia jual dlm pembalut kertas coklat tu. tapi tadi dia jual dalam polistren (bantai je aku eja). aku sebenarnya nak sikit je. kalau RM 2 mesti banyak kan. okay, meh aku tulis balik conversation dgn pakcik tak guna tu eh. 

me: pakcik, kalau nak RM 1 bole ke? kalau takde takpe la. 

A: sejak bila plak jual RM 1? dah 2 tahun jual mana ade jual RM 1. semua jual RM 2. (garang je suara dia)

me: (sabar lagi masa ni) oh. maaf la pakcik. selalu saya nampak ade yg jual RM 1, tu yang tanya tu sbb saya tak nak banyak sangat. maaf ya pakcik. takpe la. bagi saya sebungkus.

A: selama ni jual semua RM 2. mana ada RM 1. kalau nak beli cakap je la. ta payah buang masa. (cakap nak tengking2 je)

me: (aku pun start dah hilang sabar) pakcik tak bole cakap baik-baik ke? saya tak tahu sbb tu saya tanya. salah ke banyak tanya? saya tanya baik-baik lagi. lagipun saya datang nak beli, bukan nak curi. tak perlu la nak marah-marah. kalau pakcik tahu nak marah je, tutup lah kedai ni. (terus blah) 

so, aku terus cancel je beli. tak hadap la kueyteow kau tu! elok2 aku nak bg dia rezeki, free2 je tak dapat. dah la tua, nak marah-marah plak. aku tanya elok2 je kot. nak ckp PMS laki plak kan. bak kata kawan aku dia cakap "pakcik tu malam tadi tak dapat lah tu. sbb tu dia marah." hahahhaha. siot betul kawan aku ni. paham tak? tak paham sorry la google tak leh tolong. hehe.

aku ni buka suka-suka nak naik hangin tak tentu pasal ke apa. tapi kalau orang start kurang ajar dgn aku, memang aku lawan. tak kira tua ke apa mcm tadi. aku tak cakap aku baik, tapi at least aku ade jugak adap dgn orang luar. ni tak. tetiba nak marah. tau angin dia je. angin aku tak pke plak kan. haa, kan kena dah angin aku tadi. papepun saya mintak maaf la kalau pakcik rasa saya ni tak hormat pakcik. saya ni tak bole kalau org marah tanpa sebab. cepat je nak menjawab. maaf lah yee. tak salah kalau pakcik cakap baik-baik kan. :)



January 7, 2013

aku jadi mak budak. hahahaha :P

Assalamualikum ;

kalau masa cuti sekolah hari tu, weekend aku mesti perut aku penuh dgn nasi kenduri kawen je kan. haaa. weekends sekarang ni plak perut aku penuh dgn air kolam. hihi. kenapa? sebab aku sibuk jadi 'coach' sementara untuk 2 orang si kenit dalam family aku tu haa. ecece. coach ye takk. haha.

aku ni teringin plak belikan depa dua orang tu kolam renang budak-budak tu. tak tau kenapa. aku plak yang excited lebih tau. so jumaat lepas aku sibuk survey kolam-kolam yang murah. dari parkson, pacific, ke mydin plak, pastu ke JJ then last pergi TESCO. bz woo. merempit betul aku dgn ego pink tu. aku ni plak pi survey harga je. lupa nak research saiz kolam renang ni.

masa aku survey2 tu tetiba ade sales promoter parkson tanya kat aku. nama dia suzy tak silap.

suzy: hai kak. cari mainan budak2 eh? 

me: ha'ah. susah betul nak pilih. banyak sgt pilihan.


suzy: takpe, saya bole tolong. anak akak berapa tahun? akak cari mainan yang mcm mana?


me: aku senyum2 je masa ni. pastu aku pun layankan je laa. aku jawab "anak akak dua orang, akak nak cari kolam renang budak2 tu. ada tak jual?


suzy: ohh. kolam renang. ada2 *sambil bawak aku kat bahagian kolam renang tu* ni antara kolam renang yg ada kat sini. anak akak bape tahun ye? besar ke kecik lagi? akak nak kolam plastik ke ataupun jenis yang bole pam?


me: anak2 akak 3 tahun dengan setahun. kecik je lagi. dalam perut ni pun bakal keluar bulan 9 ni. baru sebulan. *sambil gelak2 then aku usap2 perut* sumpah kelakar weh. pastu aku sambung "akak nak kolam plastik la. leceh la pam2 ni. 


suzy: tahniah kak. biasalah. anak ramai rezeki kan kak. apa rahsia kak? nampak muda je. badan pun mantap2 lagi mcm anak dara lagi kak. *pastu gelak2* okay. ni ade 3 jenis kolam palstik. akak tengok2 lah ye mana akak nak. nanti panggil saya balik.


me: alhamdulillah. takde rahsia pun. biasa2 je dik. rezeki Allah bagi. bersyukur la kan. oh okay, akak tengok2 dulu. nanti kalau akak nak, akak panggil kamu ye. 


masa dia blahh ni aku tak habis2 ketawa. sakit perut woo. aduh la. kesian dia. bulat2 kena tipu dgn aku. lepas aku tgk2 aku tak jadi beli pun. sbb mahal then aku tak berkenan sangat. so, aku pun blah mcm tu jee. haha. jahat tak? dah la menipu dia pastu tak beli apa pun. kekekkekke :P

lepas je habis survey, aku rasa kat TESCO la mcm ok sikit. murah pun standard la kan. sebab pakson, JJ dgn pacific mahal giloss. tak mampu wehhh. haha. so decide beli kat TESCO je sebab mydin takde jual plak. masalah plak bila aku pening nak tahu saiz kolam tu haa. walaupun ade tulis ukuran, mana la aku tau nak imaginekan mcm mana besar dia kan.

so, aku tengok gambar kat kotak je. aku amek sederhana besar. sbb paling kecik RM 40. aku ingat nak amek tu je, tapi mcm kecik plak aku tgk. paling besar RM 90. terus amek yg RM 60 punya. pastu masalah lagi sebab aku cari gak mainan2 yg bole masuk dlm kolam tu, takde plak jual kat TESCO ni. apa la. besar2 mcm tu pun takde jual. terus gi bayar. cashier dia sombong. ish la. geram je. aku mintak plastik besar sbb plastik dia bg tu bole muat separuh je dari kotak kolam renang tu. dia jwb 'takde2. tu je yg ade.' dah la tak pandang aku masa ckp tu. so, aku mintak satu lagi plastik nak tutup atas kotak. dia bole campak mcm tu je. kuang aja betul. pastu aku sound la 'buat keje baik2 la sikit. kalau main campak2 je kat saya, berhenti terus la.' terus aku blahh. geram betul aku tau. buat rosak mood aku je.

sampai je rumah terus aku bukak nak tgk besar mana. sekali kau. besar gila okay. dalam gambar nampak 3 orang budak je bole masuk, ni dengan 3 orang dewasa pun bole masuk tau. haha. rasa mcm nyesal je beli besar kan. tapi takpe la. mintak2 tahan lama lah kan. sampai inyirah dgn munirah besar sikit tahan nye. haha. mak ayah dgn abang2 aku gelak je tengok aku beli besar sangat. haha. ayah aku gelak, gelak jugak. nanti hujung bulan tengok bil air ye. menangis ke tak nanti. kahkahkah :P

tengok je la gambar ni. bole tahu besar tak besar aku beli. haha. masa ni air tak penuh lagi sbb tu dia mcm kemek2 sikit. air dah penuh baru lawa je bulat dia. 

jenuh woo nak tnggu air ni penuh. insyirah tak sabar2 terus masuk tau. nampak cetek je lagi tu. haha. kolam aku lapik kanvas yg ayah guna utk ttp kete tuh sbb nak elak bocor kan. leceh woo nak siapkan kolam ni. kena sapu lantai dulu bagi batu2 ke sampah takde. pastu bentang plak kanvas baru letak kolam. then baru isi air. takpe lah. demi anak2 buah, leceh sikit takpe. bila tgk dorang happy, hilang semua penat tau. :)



January 2, 2013

Family Day KHKS 2012 :)

Assalamualaikum ;

sorry la lambat sikit nak update pasal family day aritu. mood tahun baru dimulakan dengan demam plus muntah teruk. -_____- kecewa beb. tapi takpe. sakit kan penghapus dosa. think positif la ye. disebabkan mood asek on off je, so meh la terjun ke part gambar2 terus ye. tak sebanyak camera canggih korang. aku tangkap mana yang sempat je. kebanyakan mana nak sempat. sibuk main je. menangnye tak jugak. kuikui2 :P

DAY 1 - 29/12/12 (Sabtu)

dimulakan dengan tempat penginapan lah kan. disebakan lambat tempat yang di booking awal2 tu cancel last minit, terpakse jugak gagah cari mana2 hotel. mmg takde la hujung tahun ni kan. naseb la jumpa homestay. even jauh sikit dari laut. janji ade tempat tido dah. asalnya plan 3hari 2malam. tapi tempat asal tu cancel dapatlah buat 2hari 1malam je. jadi lah kan. meh usha ga,bar yang patut eh.

view dari luar homestay. sumpah memang best betul tempat dia. cuma takde pool je. haha. homestay ni terletak berhampiran glory beach resort. takde la dekat sangat. duduk pun kat area taman perumahan kan. owner dia cina. kalau dah cina, sah-sah rumah ni bersih kan. mmg bersih sungguh. besar pun besar. semalam rm500 tak silap. semua lengkap. katil besar, bilik besar, dapur, ruang tamu, tangga semua luas-luas. cuma nak pi laut kalau jalan kaki ade la dalam 5-7 minit sampai. tapi kalau dah malas mcm aku, naik kete je la. barang pun banyak nak bawak. hihi :P

view dari dalam homestay plak. puas hati la even semalam je. rasa tak puas je. cumanya aircond tu macam salah arah. patut arah kat katil. ni pi tala kat dinding, so kalau kat katil rasa aircond tu dapat sipi-sipi je la. sejuk pun biasa2 je. sampai la tgah pagi. baru masing berebut selimut. sampai towel pun bole tau. janji dapat tutup badan dah. haha. air kat sini pun tekanan rendah sungguh. pelan je air. tak puas nak mandi. baik mandi laut je kan. haha. 

so, family aku sampai dulu, mestilah dapat master bedroom kan. haha. besar lahai. boleh muat 3 family tau. padahal duduk 2 family je. takpe. dapat la jugak insyirah dgn munirah berlari sini sana. siap masuk bawah katil pastu nanges tak bole keluar. haha. mcm2 peel di buatnye. lepas asar je semua berkumpul untuk taklmat ringkas then doa selamat sikit baru minum petang. habes je minum petang, terus start indoor games. seronok woo. cuma kelam kabut sikit sbb abang aku sorang je organize. dia la pengadil, dia la tukang kira markah. dia lah tukang tulis sapa masuk final. sapa menang. sapa kalah. haha. 

start dengan permainan dart kat luar rumah. masa ni tak kira la budak ke, bakal bapak budak, ustaz, bapak budak sampai la ke mak budak. semua nak join main ni. haha. seronok main ni. tapi aku tak bape faham nak kira. sat kene tolak, sat kene tambah plak. pastu ade double la. pening woo. naseb aku bukan reff utk game ni. kalau tak tunggang langgang semua. haha.

lepas tu main congkak plak. majoriti game ni di main oleh mak-mak budak eh. mak buyung pun main jugak. haha. biase la kalau mak-mak main kan. mulut bising kemain. mcm histeria plak. kelakar plak tengok. masing-masing nak tunjuk skill last-last kalah. muahehehe :P

ni plak antara indoor games yang di mainkan hari tu. ada dam ular utk budak2, dam haji utk budak sekolah, carom (tak pasti ejaan) utk budak remaja dan bapak budak. batu seremban utk anak-anak dara macam aku ni haa. disebabkan anak dara aku sorang je (yelah, cucu perempuan 2orang je. sorang dah kawen) so, terpakse la mak budak pun main jugak kan. macam2 peraturan batu seremban ni. pening kepala. sebab tu kalah. sayang betul. dah separuh akhir dah tu. haha. 

ingat dapat la habes semua indoor games ni sebelum maghrib, tapi tak sempat. sambung lepas persembahan family pukul 12 lebeh gak la. habis betul dalam 3 pagi. ish. ish. lama betul. sempat jugak la mana yang kalah tu karok jap 2-3 lagu. hihi. tapi tu lah. takde rezeki plak. team aku menang pun dam haji dan dam ular. sedih. budak2 plak yang menang. bapak budak, mak budak, abang, kakak budak melopong je. haha.

so, masa maghrib solat berjemaah, tazkirah then solat isya' baru lah makan. boleh la makanan dia. tapi takde seafood. kurang sikit la sbb family ade yg gaot (betul tak eja tu). menu malam tu just nasi goreng cina, daging bakar, ayam bakar, hotdog, kentang  bakar dengan air. ok laa. janji perut kenyang kan. 

ni je sempat snap. yang tak sempat tu sebab dah kebulur dah ni. laju je amek pinggan bedal sampai kenyang walaupun kenyang sikit je la. hehe.

lepas je makan semua, bagi taklimat sikit untuk outdoor games esoknya pulak. lepas tu start dengan pakaian berhias. then persembahan keluarga, remaja dan treasure hunt. meg, scroll utk gambar ye. haha.

haa amek kau. hang tuah import dari tampin tau. hehe. kimi ni mmg tiap-tiap tahun menang pakaian berhias ni. tahun lepas ala-ala arab. tahun ni hang tuah plak. naseb la dia sporting. kimi ni kalau cakap lewe sikit mcm perempuan cmtu. lemah betul aku dgr dia cakap tau. haha. saje suruh insyirah menyelit dgn kimi. pangkat pakcik tau dia dgn insyirah ni. tapi pggl abang je la sbb kecik lagi kan. hehe.

abang aku sibuk nak masuk. padahal pakai kemeja je pun. haha. yang lain tu mcm anak pakcu si iman pakai baju batik lagi. si haikal macam orang nak sunat. tu yang berkain pelekat/pelikat . dia dah 4 tahun dan selamat sunat dah tau. paling awal dalam keluarga. hehe.

happy betul dgn hadiah masing-masing tau. dapat bear sorang satu. untung laa. abang aku pun dapat gak. tapi gambar mana ntah. puas cari tak jumpa. lupa snap kot. haha.

ni ape kes ni budak 2 orang ni? beriye dgn spek pak lang kau ye. haha.

aktiviti diteruskan dgn persembahan keluarga. keluarga pak ambong je 3 versi tau. berlakon/sajak/nyanyi rap. masa nyanyi dorang main bedal je rap lagu apo kono eh jang tu yang versi ac mizal dgn fida. tgk la. mata masing-masing tgk ipad sbb tak hafal lirik. kuikui2. tapi tu la. family pak ambong la paling sporting kalau ikutkan. sebab dorang ni muka tak tau malu. hehe. 

pastu family aku lak. mmg tak ready apa pun. belasah je semua. mak, ayah, aku malas nak join. bagi kat abang2 aku je laa. karok la korang. janji ade persembahan dah. haha.

then family maklang. macam biasa la. keluarga maklang mestilah versi agama sikit. mula2 bukak slide then baru nyanyi lagu nasyid. sempoi woo. siap bawak alat muzik sendiri lagi. 

family makteh plak karok jugak. ni kes masing-masing tak prepare apa. haha. tapi tu lah. family pakcu takde plak gambar. dorang buat versi anak kampung. tapi anak-anak masing moody sebab ngantuk kan. last-;ast insyirah yang join tau. kuang asam je. masa family kiteorang mintak dia joget lagu chicken dance tu sbb dia dah request awal-awal lagi. tapi masa suruh joget tu sombong kemain. apa la. haha. 


lepas tu persembahan dari remaja plak. semua puji tau sbb idea dorang bernas sangat. ikut isu semasa. bangga la abang aku sebagai ketua tu. dorang nyanyi lagu malique dgn sapa ntah. tajuk dia perang dah tamat. pasal lagu save gaza tu. best jugak lagu tu. aku siap download la aritu then hafal. suka part yang rap tu. aku yang satu rumah ni pun tak expect bila lah abang aku practice. siap buat darah guna sirap tau nak tunjuk penderitaan kat gaza ni. semua diam je masa dorang nyanyi ni. masing-masing tersentuh. :') bagus teh idea ko ni. teruskan lagi.






yang lain semua lebih gambar tak tau nak bagi caption apa. layankan je la. hihi. :)

adik munirah duduk atas belon. tak seriau betul dia ni. susah nak nampak dia takut something tau. bagus2. tak macam si kakak. penakut sungguh. haha.

layankan je dengan insyirah ni. sebenarnya nak ambik gambar sendiri segan. tu yang paksa insyirah jugak tau. haha. naseb dia nak tau.

konon-konon posing macam dapat hadiah. padahal satu game pun si insyirah ni tak nak main tau. geram betul. ade je peel dia yang menguji kesabaran sungguh. budak-budak2 kan. sabar je laa. 

suka betul adik dapat topi ni tau. bergaya kemain lagi. tapi tak boleh pakai kat pantai. angin kuat. asek terbang je topi dia ni. haha.

aamily buat hal sendiri. haha. dia ni kalau mengamuk susah betul nak pujuk. geram sbb dia tembam tau. rasa nak cubit2 je. haha. ni je sempat tangkap. 

Day 2 - 30/12/12 (Ahad)

gambar hari kedua mmg tak banyak sebab aku sibuk main outdoor games tapi tak menang. sibuk main pasir dgn isnyirah. konon nak buat istana pasir. hancur terus sebab dia sibuk runtuhkan aku punya cakap tak cantik. ewah. buat tak nak. komen pandai. gigit tau la. haha. pastu suruh plak dia buat pandai lak jawab "ayong kecik lagi, mana pandai. maksu la buat." ewah2. menjawab kemain lagi. haha. pastu sibuk ajak dia mandi laut. mula2 penakut sungguh. aku dah dukung dah. menanges2 tak nak masuk laut. lama jugak la baru dia berani sbb pakai pelampung kan. pastu nak masuk laut, tak nak keluar plak. eh la. ngade2 plak. si adik lagi la. kalau cakap nak balik dah mesti dia menjerit. haha. pandai tau si kecik tu. takde gambar kat laut pun. sapa la nak snap kalau aku dah masuk laut kan. ade pun bapa la sangat. meh ler tengok. 

warm-up dulu sebelum main games. 

insyirah takde perasaan. tak ikut langsung. just pandang je orang buat. apa daa.


adik behave je peel dia. bagus2. cuma mula2 je ajak main laut menanges mcm kene pukul. ish laa. lepas tu dah masuk laut, kemain suka lagi sampai tak nak naik pulak. haha. peel budak2. susah nak jangka.

makan-makan tepi laut. :)

kak ipaq dengan insyirah dan munirah. masa ni dua budak ni nampak laut suka kemain. tapi ajak pi laut nanges bagai. haha. 

maksu dengan munirah mata sepet dia. gigi arnab naru nak nampak. hehe. susah betul nak suruh dia fokus kat camera tau. kadanag2 keluar la muka takde perasaan dia tu. haha.

sapa punya pistol air tu pun tak tau laa. suka betul dapat. tapi tak tau guna pun. haha.

leka betul dengan pasir dia. sunburn teruk weh. kalau bukak baju, berbelang la dekat tali baju tu. haha. 

masa ni dia moody sikit sebab tak nak makan nasi. nak eskem je. dah la berpasir sibuk nak duduk kat tikar. sebenarnya dah dapat satu eskem. pastu mintak satu lagi. ewah. aku suruh makan nasi dulu baru dapat eskem lagi. tetap tak nak jugak. last-last mak aku jugak pujuk dia tapi kene bersuap la. ngade2 ehh. gigit tau laa. haha.

aku malas nak cite pasal balik/check-out. masa ni mood aku plak yang rosak. sumpah rosak teruk. sakit betul hati tau. malas dah cakap lagi. so, ini je la entry aku untuk family day tahun ni. enjoy sangat. penat tak yah cakap. masing-masing flat habes. lama betul tido sebab penat kan. aku rasa sampai umah dalam pukul 6 lebih. then aku bantai tido sampai la esoknya pukul 3petang baru bangun. gila tak gila. haha. masa tu bangun2 je semua badan sakit-sakit. lama tak berenang kan. lenguh betul tangan dgn kaki. sebab ni la kot dapat demam. orang pukul 12pagi tu tgk bunga api, aku plak berlari ke toilet sebab nak muntah. tragis betul cara aku sambut new year tau. hhahha. selamat meyambut tahun baru 2013. yeay 21 dah. (dalam hati nanges) hiks :P

**maaf entry panjang berjela. hope enjoy la ehh. :)