January 2, 2013

Family Day KHKS 2012 :)

Assalamualaikum ;

sorry la lambat sikit nak update pasal family day aritu. mood tahun baru dimulakan dengan demam plus muntah teruk. -_____- kecewa beb. tapi takpe. sakit kan penghapus dosa. think positif la ye. disebabkan mood asek on off je, so meh la terjun ke part gambar2 terus ye. tak sebanyak camera canggih korang. aku tangkap mana yang sempat je. kebanyakan mana nak sempat. sibuk main je. menangnye tak jugak. kuikui2 :P

DAY 1 - 29/12/12 (Sabtu)

dimulakan dengan tempat penginapan lah kan. disebakan lambat tempat yang di booking awal2 tu cancel last minit, terpakse jugak gagah cari mana2 hotel. mmg takde la hujung tahun ni kan. naseb la jumpa homestay. even jauh sikit dari laut. janji ade tempat tido dah. asalnya plan 3hari 2malam. tapi tempat asal tu cancel dapatlah buat 2hari 1malam je. jadi lah kan. meh usha ga,bar yang patut eh.

view dari luar homestay. sumpah memang best betul tempat dia. cuma takde pool je. haha. homestay ni terletak berhampiran glory beach resort. takde la dekat sangat. duduk pun kat area taman perumahan kan. owner dia cina. kalau dah cina, sah-sah rumah ni bersih kan. mmg bersih sungguh. besar pun besar. semalam rm500 tak silap. semua lengkap. katil besar, bilik besar, dapur, ruang tamu, tangga semua luas-luas. cuma nak pi laut kalau jalan kaki ade la dalam 5-7 minit sampai. tapi kalau dah malas mcm aku, naik kete je la. barang pun banyak nak bawak. hihi :P

view dari dalam homestay plak. puas hati la even semalam je. rasa tak puas je. cumanya aircond tu macam salah arah. patut arah kat katil. ni pi tala kat dinding, so kalau kat katil rasa aircond tu dapat sipi-sipi je la. sejuk pun biasa2 je. sampai la tgah pagi. baru masing berebut selimut. sampai towel pun bole tau. janji dapat tutup badan dah. haha. air kat sini pun tekanan rendah sungguh. pelan je air. tak puas nak mandi. baik mandi laut je kan. haha. 

so, family aku sampai dulu, mestilah dapat master bedroom kan. haha. besar lahai. boleh muat 3 family tau. padahal duduk 2 family je. takpe. dapat la jugak insyirah dgn munirah berlari sini sana. siap masuk bawah katil pastu nanges tak bole keluar. haha. mcm2 peel di buatnye. lepas asar je semua berkumpul untuk taklmat ringkas then doa selamat sikit baru minum petang. habes je minum petang, terus start indoor games. seronok woo. cuma kelam kabut sikit sbb abang aku sorang je organize. dia la pengadil, dia la tukang kira markah. dia lah tukang tulis sapa masuk final. sapa menang. sapa kalah. haha. 

start dengan permainan dart kat luar rumah. masa ni tak kira la budak ke, bakal bapak budak, ustaz, bapak budak sampai la ke mak budak. semua nak join main ni. haha. seronok main ni. tapi aku tak bape faham nak kira. sat kene tolak, sat kene tambah plak. pastu ade double la. pening woo. naseb aku bukan reff utk game ni. kalau tak tunggang langgang semua. haha.

lepas tu main congkak plak. majoriti game ni di main oleh mak-mak budak eh. mak buyung pun main jugak. haha. biase la kalau mak-mak main kan. mulut bising kemain. mcm histeria plak. kelakar plak tengok. masing-masing nak tunjuk skill last-last kalah. muahehehe :P

ni plak antara indoor games yang di mainkan hari tu. ada dam ular utk budak2, dam haji utk budak sekolah, carom (tak pasti ejaan) utk budak remaja dan bapak budak. batu seremban utk anak-anak dara macam aku ni haa. disebabkan anak dara aku sorang je (yelah, cucu perempuan 2orang je. sorang dah kawen) so, terpakse la mak budak pun main jugak kan. macam2 peraturan batu seremban ni. pening kepala. sebab tu kalah. sayang betul. dah separuh akhir dah tu. haha. 

ingat dapat la habes semua indoor games ni sebelum maghrib, tapi tak sempat. sambung lepas persembahan family pukul 12 lebeh gak la. habis betul dalam 3 pagi. ish. ish. lama betul. sempat jugak la mana yang kalah tu karok jap 2-3 lagu. hihi. tapi tu lah. takde rezeki plak. team aku menang pun dam haji dan dam ular. sedih. budak2 plak yang menang. bapak budak, mak budak, abang, kakak budak melopong je. haha.

so, masa maghrib solat berjemaah, tazkirah then solat isya' baru lah makan. boleh la makanan dia. tapi takde seafood. kurang sikit la sbb family ade yg gaot (betul tak eja tu). menu malam tu just nasi goreng cina, daging bakar, ayam bakar, hotdog, kentang  bakar dengan air. ok laa. janji perut kenyang kan. 

ni je sempat snap. yang tak sempat tu sebab dah kebulur dah ni. laju je amek pinggan bedal sampai kenyang walaupun kenyang sikit je la. hehe.

lepas je makan semua, bagi taklimat sikit untuk outdoor games esoknya pulak. lepas tu start dengan pakaian berhias. then persembahan keluarga, remaja dan treasure hunt. meg, scroll utk gambar ye. haha.

haa amek kau. hang tuah import dari tampin tau. hehe. kimi ni mmg tiap-tiap tahun menang pakaian berhias ni. tahun lepas ala-ala arab. tahun ni hang tuah plak. naseb la dia sporting. kimi ni kalau cakap lewe sikit mcm perempuan cmtu. lemah betul aku dgr dia cakap tau. haha. saje suruh insyirah menyelit dgn kimi. pangkat pakcik tau dia dgn insyirah ni. tapi pggl abang je la sbb kecik lagi kan. hehe.

abang aku sibuk nak masuk. padahal pakai kemeja je pun. haha. yang lain tu mcm anak pakcu si iman pakai baju batik lagi. si haikal macam orang nak sunat. tu yang berkain pelekat/pelikat . dia dah 4 tahun dan selamat sunat dah tau. paling awal dalam keluarga. hehe.

happy betul dgn hadiah masing-masing tau. dapat bear sorang satu. untung laa. abang aku pun dapat gak. tapi gambar mana ntah. puas cari tak jumpa. lupa snap kot. haha.

ni ape kes ni budak 2 orang ni? beriye dgn spek pak lang kau ye. haha.

aktiviti diteruskan dgn persembahan keluarga. keluarga pak ambong je 3 versi tau. berlakon/sajak/nyanyi rap. masa nyanyi dorang main bedal je rap lagu apo kono eh jang tu yang versi ac mizal dgn fida. tgk la. mata masing-masing tgk ipad sbb tak hafal lirik. kuikui2. tapi tu la. family pak ambong la paling sporting kalau ikutkan. sebab dorang ni muka tak tau malu. hehe. 

pastu family aku lak. mmg tak ready apa pun. belasah je semua. mak, ayah, aku malas nak join. bagi kat abang2 aku je laa. karok la korang. janji ade persembahan dah. haha.

then family maklang. macam biasa la. keluarga maklang mestilah versi agama sikit. mula2 bukak slide then baru nyanyi lagu nasyid. sempoi woo. siap bawak alat muzik sendiri lagi. 

family makteh plak karok jugak. ni kes masing-masing tak prepare apa. haha. tapi tu lah. family pakcu takde plak gambar. dorang buat versi anak kampung. tapi anak-anak masing moody sebab ngantuk kan. last-;ast insyirah yang join tau. kuang asam je. masa family kiteorang mintak dia joget lagu chicken dance tu sbb dia dah request awal-awal lagi. tapi masa suruh joget tu sombong kemain. apa la. haha. 


lepas tu persembahan dari remaja plak. semua puji tau sbb idea dorang bernas sangat. ikut isu semasa. bangga la abang aku sebagai ketua tu. dorang nyanyi lagu malique dgn sapa ntah. tajuk dia perang dah tamat. pasal lagu save gaza tu. best jugak lagu tu. aku siap download la aritu then hafal. suka part yang rap tu. aku yang satu rumah ni pun tak expect bila lah abang aku practice. siap buat darah guna sirap tau nak tunjuk penderitaan kat gaza ni. semua diam je masa dorang nyanyi ni. masing-masing tersentuh. :') bagus teh idea ko ni. teruskan lagi.






yang lain semua lebih gambar tak tau nak bagi caption apa. layankan je la. hihi. :)

adik munirah duduk atas belon. tak seriau betul dia ni. susah nak nampak dia takut something tau. bagus2. tak macam si kakak. penakut sungguh. haha.

layankan je dengan insyirah ni. sebenarnya nak ambik gambar sendiri segan. tu yang paksa insyirah jugak tau. haha. naseb dia nak tau.

konon-konon posing macam dapat hadiah. padahal satu game pun si insyirah ni tak nak main tau. geram betul. ade je peel dia yang menguji kesabaran sungguh. budak-budak2 kan. sabar je laa. 

suka betul adik dapat topi ni tau. bergaya kemain lagi. tapi tak boleh pakai kat pantai. angin kuat. asek terbang je topi dia ni. haha.

aamily buat hal sendiri. haha. dia ni kalau mengamuk susah betul nak pujuk. geram sbb dia tembam tau. rasa nak cubit2 je. haha. ni je sempat tangkap. 

Day 2 - 30/12/12 (Ahad)

gambar hari kedua mmg tak banyak sebab aku sibuk main outdoor games tapi tak menang. sibuk main pasir dgn isnyirah. konon nak buat istana pasir. hancur terus sebab dia sibuk runtuhkan aku punya cakap tak cantik. ewah. buat tak nak. komen pandai. gigit tau la. haha. pastu suruh plak dia buat pandai lak jawab "ayong kecik lagi, mana pandai. maksu la buat." ewah2. menjawab kemain lagi. haha. pastu sibuk ajak dia mandi laut. mula2 penakut sungguh. aku dah dukung dah. menanges2 tak nak masuk laut. lama jugak la baru dia berani sbb pakai pelampung kan. pastu nak masuk laut, tak nak keluar plak. eh la. ngade2 plak. si adik lagi la. kalau cakap nak balik dah mesti dia menjerit. haha. pandai tau si kecik tu. takde gambar kat laut pun. sapa la nak snap kalau aku dah masuk laut kan. ade pun bapa la sangat. meh ler tengok. 

warm-up dulu sebelum main games. 

insyirah takde perasaan. tak ikut langsung. just pandang je orang buat. apa daa.


adik behave je peel dia. bagus2. cuma mula2 je ajak main laut menanges mcm kene pukul. ish laa. lepas tu dah masuk laut, kemain suka lagi sampai tak nak naik pulak. haha. peel budak2. susah nak jangka.

makan-makan tepi laut. :)

kak ipaq dengan insyirah dan munirah. masa ni dua budak ni nampak laut suka kemain. tapi ajak pi laut nanges bagai. haha. 

maksu dengan munirah mata sepet dia. gigi arnab naru nak nampak. hehe. susah betul nak suruh dia fokus kat camera tau. kadanag2 keluar la muka takde perasaan dia tu. haha.

sapa punya pistol air tu pun tak tau laa. suka betul dapat. tapi tak tau guna pun. haha.

leka betul dengan pasir dia. sunburn teruk weh. kalau bukak baju, berbelang la dekat tali baju tu. haha. 

masa ni dia moody sikit sebab tak nak makan nasi. nak eskem je. dah la berpasir sibuk nak duduk kat tikar. sebenarnya dah dapat satu eskem. pastu mintak satu lagi. ewah. aku suruh makan nasi dulu baru dapat eskem lagi. tetap tak nak jugak. last-last mak aku jugak pujuk dia tapi kene bersuap la. ngade2 ehh. gigit tau laa. haha.

aku malas nak cite pasal balik/check-out. masa ni mood aku plak yang rosak. sumpah rosak teruk. sakit betul hati tau. malas dah cakap lagi. so, ini je la entry aku untuk family day tahun ni. enjoy sangat. penat tak yah cakap. masing-masing flat habes. lama betul tido sebab penat kan. aku rasa sampai umah dalam pukul 6 lebih. then aku bantai tido sampai la esoknya pukul 3petang baru bangun. gila tak gila. haha. masa tu bangun2 je semua badan sakit-sakit. lama tak berenang kan. lenguh betul tangan dgn kaki. sebab ni la kot dapat demam. orang pukul 12pagi tu tgk bunga api, aku plak berlari ke toilet sebab nak muntah. tragis betul cara aku sambut new year tau. hhahha. selamat meyambut tahun baru 2013. yeay 21 dah. (dalam hati nanges) hiks :P

**maaf entry panjang berjela. hope enjoy la ehh. :)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.