January 9, 2013

manusia kurang ajar !

Assalamualaikum ;

ni cerita masa pi pasar malam tadi. aku pi pun semata-mata nak beli coklat fountain tu. tau tak apa tu? alah, tgk gambar kat bawah ni tahu kan apa. tak tau jugak tak dapek nak nolong. pi tanya pakcik Google tu pi. hehe.

haa, tahu dah. ni la nama dia coklat fountain tuh. tgk je menyelerakan kan. telan-telan air liur lagi. haha. 

aku ingat hari ni ade la jual benda alah tu, sebab aku tengok jumaat lepas ade jual, tapi tak dan nak beli sbb ada hal lain masa tu. sekali takde plak jual hari ni. siot je tau. takpelah takde rezeki kan. lain kali je yee. :)

see, mukadimah tak kena dgn tajuk entry kan. hikshiks :P . sebetulnya aku nak cerita pasal pakcik jual goreng2 kat pasar malam tadi. sakit hati tau. aku nak beli kueyteow goreng tadi, tapi sebungkus RM 2. aku tak kisah la harga tu, tapi selalu aku tengok dia jual dlm pembalut kertas coklat tu. tapi tadi dia jual dalam polistren (bantai je aku eja). aku sebenarnya nak sikit je. kalau RM 2 mesti banyak kan. okay, meh aku tulis balik conversation dgn pakcik tak guna tu eh. 

me: pakcik, kalau nak RM 1 bole ke? kalau takde takpe la. 

A: sejak bila plak jual RM 1? dah 2 tahun jual mana ade jual RM 1. semua jual RM 2. (garang je suara dia)

me: (sabar lagi masa ni) oh. maaf la pakcik. selalu saya nampak ade yg jual RM 1, tu yang tanya tu sbb saya tak nak banyak sangat. maaf ya pakcik. takpe la. bagi saya sebungkus.

A: selama ni jual semua RM 2. mana ada RM 1. kalau nak beli cakap je la. ta payah buang masa. (cakap nak tengking2 je)

me: (aku pun start dah hilang sabar) pakcik tak bole cakap baik-baik ke? saya tak tahu sbb tu saya tanya. salah ke banyak tanya? saya tanya baik-baik lagi. lagipun saya datang nak beli, bukan nak curi. tak perlu la nak marah-marah. kalau pakcik tahu nak marah je, tutup lah kedai ni. (terus blah) 

so, aku terus cancel je beli. tak hadap la kueyteow kau tu! elok2 aku nak bg dia rezeki, free2 je tak dapat. dah la tua, nak marah-marah plak. aku tanya elok2 je kot. nak ckp PMS laki plak kan. bak kata kawan aku dia cakap "pakcik tu malam tadi tak dapat lah tu. sbb tu dia marah." hahahhaha. siot betul kawan aku ni. paham tak? tak paham sorry la google tak leh tolong. hehe.

aku ni buka suka-suka nak naik hangin tak tentu pasal ke apa. tapi kalau orang start kurang ajar dgn aku, memang aku lawan. tak kira tua ke apa mcm tadi. aku tak cakap aku baik, tapi at least aku ade jugak adap dgn orang luar. ni tak. tetiba nak marah. tau angin dia je. angin aku tak pke plak kan. haa, kan kena dah angin aku tadi. papepun saya mintak maaf la kalau pakcik rasa saya ni tak hormat pakcik. saya ni tak bole kalau org marah tanpa sebab. cepat je nak menjawab. maaf lah yee. tak salah kalau pakcik cakap baik-baik kan. :)



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.