January 7, 2013

aku jadi mak budak. hahahaha :P

Assalamualikum ;

kalau masa cuti sekolah hari tu, weekend aku mesti perut aku penuh dgn nasi kenduri kawen je kan. haaa. weekends sekarang ni plak perut aku penuh dgn air kolam. hihi. kenapa? sebab aku sibuk jadi 'coach' sementara untuk 2 orang si kenit dalam family aku tu haa. ecece. coach ye takk. haha.

aku ni teringin plak belikan depa dua orang tu kolam renang budak-budak tu. tak tau kenapa. aku plak yang excited lebih tau. so jumaat lepas aku sibuk survey kolam-kolam yang murah. dari parkson, pacific, ke mydin plak, pastu ke JJ then last pergi TESCO. bz woo. merempit betul aku dgn ego pink tu. aku ni plak pi survey harga je. lupa nak research saiz kolam renang ni.

masa aku survey2 tu tetiba ade sales promoter parkson tanya kat aku. nama dia suzy tak silap.

suzy: hai kak. cari mainan budak2 eh? 

me: ha'ah. susah betul nak pilih. banyak sgt pilihan.


suzy: takpe, saya bole tolong. anak akak berapa tahun? akak cari mainan yang mcm mana?


me: aku senyum2 je masa ni. pastu aku pun layankan je laa. aku jawab "anak akak dua orang, akak nak cari kolam renang budak2 tu. ada tak jual?


suzy: ohh. kolam renang. ada2 *sambil bawak aku kat bahagian kolam renang tu* ni antara kolam renang yg ada kat sini. anak akak bape tahun ye? besar ke kecik lagi? akak nak kolam plastik ke ataupun jenis yang bole pam?


me: anak2 akak 3 tahun dengan setahun. kecik je lagi. dalam perut ni pun bakal keluar bulan 9 ni. baru sebulan. *sambil gelak2 then aku usap2 perut* sumpah kelakar weh. pastu aku sambung "akak nak kolam plastik la. leceh la pam2 ni. 


suzy: tahniah kak. biasalah. anak ramai rezeki kan kak. apa rahsia kak? nampak muda je. badan pun mantap2 lagi mcm anak dara lagi kak. *pastu gelak2* okay. ni ade 3 jenis kolam palstik. akak tengok2 lah ye mana akak nak. nanti panggil saya balik.


me: alhamdulillah. takde rahsia pun. biasa2 je dik. rezeki Allah bagi. bersyukur la kan. oh okay, akak tengok2 dulu. nanti kalau akak nak, akak panggil kamu ye. 


masa dia blahh ni aku tak habis2 ketawa. sakit perut woo. aduh la. kesian dia. bulat2 kena tipu dgn aku. lepas aku tgk2 aku tak jadi beli pun. sbb mahal then aku tak berkenan sangat. so, aku pun blah mcm tu jee. haha. jahat tak? dah la menipu dia pastu tak beli apa pun. kekekkekke :P

lepas je habis survey, aku rasa kat TESCO la mcm ok sikit. murah pun standard la kan. sebab pakson, JJ dgn pacific mahal giloss. tak mampu wehhh. haha. so decide beli kat TESCO je sebab mydin takde jual plak. masalah plak bila aku pening nak tahu saiz kolam tu haa. walaupun ade tulis ukuran, mana la aku tau nak imaginekan mcm mana besar dia kan.

so, aku tengok gambar kat kotak je. aku amek sederhana besar. sbb paling kecik RM 40. aku ingat nak amek tu je, tapi mcm kecik plak aku tgk. paling besar RM 90. terus amek yg RM 60 punya. pastu masalah lagi sebab aku cari gak mainan2 yg bole masuk dlm kolam tu, takde plak jual kat TESCO ni. apa la. besar2 mcm tu pun takde jual. terus gi bayar. cashier dia sombong. ish la. geram je. aku mintak plastik besar sbb plastik dia bg tu bole muat separuh je dari kotak kolam renang tu. dia jwb 'takde2. tu je yg ade.' dah la tak pandang aku masa ckp tu. so, aku mintak satu lagi plastik nak tutup atas kotak. dia bole campak mcm tu je. kuang aja betul. pastu aku sound la 'buat keje baik2 la sikit. kalau main campak2 je kat saya, berhenti terus la.' terus aku blahh. geram betul aku tau. buat rosak mood aku je.

sampai je rumah terus aku bukak nak tgk besar mana. sekali kau. besar gila okay. dalam gambar nampak 3 orang budak je bole masuk, ni dengan 3 orang dewasa pun bole masuk tau. haha. rasa mcm nyesal je beli besar kan. tapi takpe la. mintak2 tahan lama lah kan. sampai inyirah dgn munirah besar sikit tahan nye. haha. mak ayah dgn abang2 aku gelak je tengok aku beli besar sangat. haha. ayah aku gelak, gelak jugak. nanti hujung bulan tengok bil air ye. menangis ke tak nanti. kahkahkah :P

tengok je la gambar ni. bole tahu besar tak besar aku beli. haha. masa ni air tak penuh lagi sbb tu dia mcm kemek2 sikit. air dah penuh baru lawa je bulat dia. 

jenuh woo nak tnggu air ni penuh. insyirah tak sabar2 terus masuk tau. nampak cetek je lagi tu. haha. kolam aku lapik kanvas yg ayah guna utk ttp kete tuh sbb nak elak bocor kan. leceh woo nak siapkan kolam ni. kena sapu lantai dulu bagi batu2 ke sampah takde. pastu bentang plak kanvas baru letak kolam. then baru isi air. takpe lah. demi anak2 buah, leceh sikit takpe. bila tgk dorang happy, hilang semua penat tau. :)



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.