December 11, 2012

resepi : ayam masak lemak cili api.

Assalamualaikum ;

yee. aku tau entry ni pun agak lapuk jugak. hehe. dah dekat bape minggu dah aku masak gulai tu.
macam aku gtau kat FB tu, disebabkan mak pi kursus 4 hari, so aku kene la masak utk ayah & abang aku. disebabkan nafsu makan abang aku macam raksasa, so kene masak lebih la. bukan utk 3 orang je mkn. memang pelik dgn nafsu abang2 aku ni, badan kecik2, tapi nafsu besar. aku ni nafsu besar, badan pun comel2. #ehh? *hahaha*

aku masak utk 3 hari je pun sebab ari selase ade pasar malam kan. so beli je laa. haha. dalam 3 hari tu, mcm2 idea aku cari nak masak lauk apa. last2 aku masak lauk yang aku pernah buat je sebelum ni. mcmm sambal/sup/ kari. sayur macam2 version aku buat. main campak je dalam kuali. asal ade rase, dah. tapi aku nak gtau yang special ialah masak lomakk. haha. sebab aku tak pernah cuba pun nak masak sebelum ni. so, aku amek risiko jugak, naseb menjadi. hehe. meh sini nak kongsi resipi meh. tak baik kedekut ilmuu. setakat ni ade 4 orang mintak resepi kat aku tau. hahhaha. papepun credit dkt olle sebab resipi mitak kat dia. hehe.

bahan-bahan ni korang kene pandai bajet sendiri sebab aku pun lupa kuantiti aku letak. 1st experiment kan. hehe :P korang bajet laa bape orang nak makan.
  • ayam sekor (dah siap potong)
  • bawang besar
  • bawah putih 
  • serai 
  • kunyit hidup (sedang2. kalau kecik sgt, kaler gulai tak menarik)
  • cili api 
  • santan
  • garam
  • air
cara-cara nak masak
    1. tumbuk bawang besar, bawang putih, kunyit hidup dgn cili api. (kalau tak boleh tumbuk semua, tumbuk sikit demi sikit)
    2. panaskan kuali, letak minyak sikit then tumis bahan2 yang ditumbuk tadi sampai naik bau (lebih kurang 5 minit mcm tu, api sedang-sedang je)
    3. masukkan ayam, serai dalam kuali. kacau bagi semua bahan tumis tu sebati dengan ayam. tunggu sehingga ayam berubah warna (lama tu ikut banyak mana ayam korang guna. lagi banyak, lagi lama la kan. 
    4. agak2 ayam tu dah tukar warna, masuk kan santan. kacau pelahan2 sampai sebati semua bahan. (pastikan bila masuk santan, ayam semua tenggelam dgn santan sebab nak pastikan ayam masak sepenuhnya.) masa ni api kene pandai jage. sebab kalau tak betul, gulai tu mcm berketul2. jadi tak menarik sebab santan dah pecah2. 
    5. agak-agak gulai dah mendidih, masuk kan garam. kalau gulai terlalu pekat, tambah air sedikit.
    6. rasa la gulai tu. (agak2 sedap, ayam dah masak semua, tutup api)




fuhh, terliur plak tengok gambar ni balik. *telan air liur* aku masak petang ingat masak ni tahan la sampai malam, tapi dah cakap nafsu abang aku tu  (dia sorang je 5 ketul ayam) kuah tak payah cakap laa. mmg tinggal untuk sorang makan jee. so, aku bagi ayah makan dulu. naseb ayam tu banyak lagi. malam tu aku kene tambah kuah plak utk aku makan. ciss betul abang aku ni. =_='



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.