December 23, 2012

persiapan family day.

Assalamualaikum ;

hari ni berjalan je keje nyaa. tapi seronok. nak-nak dapat hasil (masyukk) haha. pagi-pagi lagi dalam pukul 9 mcm tu, ayah ketuk pintu tanya "nak pergi umah kawen tak?" aku yang dalam mamai-mamai lagi tgk fon then  jawab "yeeeee." *sambung tido balik* ayah pun mcm dah paham je jawapan aku tu. motif tengok fon sebab nak tgk pukul berapa sekarang. kalau awal lagi memang tarik selimut la jawabnye. macam tadi. kalau dah lambat automatik terus bangun amek tuala pergi mandi. haha.

so dalam pukul 12 lebih keluar rumah terus gerak ke port dickson. pastu tiba-tiba ingat alang-alang dah keluar, nak 'pau' ayah topup la. tujuan utama sebab BIS. hehe. ayah on je. tapi masalahnya ayah cakap beli kat stesyen minyak je. aku pun ckp takpe la. agak dalam 3 stesyen minyak pg, semua takde jual topup. hmmmm. kecewa beb. pastu terus lupa. terus pg umah kawen. tak snap gambar pun sbb malas bawak. bukan hidup pun. haha. tapi aku suka kuih yang dapat kat umah kawen tadi. mula2 dapat eh dapat kuih raya la. *muka excited*

bole tahan sedap gak cookies ni. tak rugi la dapat banyak-banyak. hehe.

so lepas dah selesai ayah cakap nak pg kat gerai kak ina. minum petang tepi laut. yeeayy. kak ina memang baik sangat-sangat. pemurah lagi. asal datang kedai kak ina, mesti makan free. cakap je apa nak. dia bagi dgn sukarela lagi. tak cukup lagi siap bekal lagi bawak balik rumah. sikit takpe. banyak okay. mcm baru balik dusun buah. dgn pisang, mangga, kuini, durian. banyak sungguh la. mak ayah pun jadi segan sbb kalau nak bayar pun dia tak kan ambil duit tu. so mak aku bagi kat anak-anak dia buat belanja. tapi yang lagi seronok bila aku pun dapat habuan jugak. hihi. sikit takpe. mmg banyak sungguh. kalau pg kadai kak ina mmg wajib la dapat habuan. walaupun selepas aku bersungguh2 tolak. akhirnya kalah. takpe, rezeki kann. alhamdulillah :)

balik je umah mak cakap nti lepas maghrib nak pg mydin beli barang hari keluarga. *muka excited lagi* haha. mak aku sibuk list barang apa nak beli, aku pun sibuk jugak list barang yang kena beli khas utk aku. hehe :P sampai je mydin mula lah misi nak grab apa yg patut. part paling suka. family aku je guna sampai 4 troli penuh tau. mcm2 sumbat kat troli tu. lepas je mak ayah dah beli barang2 hari keluarga, terus beli barang dapur plak. masa ni la aku main sorang-sorang je. dah siap amek bakul roda tu untuk barang aku dgn abang2 aku. haha. dah habis misi terus call ayah tanya kat mana then tunggu bos untuk bayar. hihi. tapi mydin ni satu je tak best. kemudahan tu kurang. maksud aku mcm troli dari bawah tak bole bawak naik. pastu nak naik guna escalator tangga tu. patut buat la escalator straight mcm kat tesco tu. senang. pastu troli plak kecik sungguh. lif pun kecik. so kena buat 2 trip naik lif dgn troli. lepas tu troli dari atas nak bawak turun bawah punya la jauh jalan kat belakang. dah la sunyi. ishh. macam2 laa. tapi tak kisah la. janji misi terlaksana. mission complete *clap* kahkahak :P


tengok mak setia dgn list barang. 

sebahagian troli. lagi dua kat ayah. penuh sebab barang besar-besar je. haha.


total sebahagian je ni. sebab masa aku buat misi sorang diri mana la dan nak snap gambar kan. haha. jumaat depan beli barang basah lagi buat bbq. yeayyy.



habis je semua terus balik then baru teringat nak topup. dah beli tu terus gopoh nak activekan BIS. tapi maxis hampeh betul. servis tak elok laa. puihh. semangat tau nak bagi BIS ni nyawa (hidup). last-last  tapau KFC bawak balik. baru happy face again. dekat 2jam gak aku tunggu nak hidup BIS ni. pukul 1 tadi baru lah maxis bg maxis. terima kasih maxis *tak ikhlas* byeee.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.