February 22, 2013

checklist untuk degree. *stressss*

Assalamualaikum ;

hmmmmmm. mcm yg korang tau, bulan depan aku akan jadi budak melaka dah. no more loqstaq, no more utaraa. stresss betul kalau fikir pasal degree ni laa. nak-nak semua benda settle sendiri. takde dah ayah nak teman masa dip dulu. jerawat kecik-kecik kat dahi pun dah mula nak timbul 2-3 biji ketul. musnah harapan nak daftar dengan kulit licin mulus tulus wtv *perasannnnntann* hahaha. benda ni daripada awal bulan tak settle-settle lagi sampai sekarang. takut wooooo. macam aku ni takde pengalaman je nak uruskan benda-benda ni semua. padahal diploma dulu lagi lecehhh. dengan essay BI tunggang langgang ntah pape. nasib la baik masuk degree ni takde essay merapu-rapu.

bulan depan je wehhh. kalau kira dari sekarang dah takde bulan dah. tinggal minggu. hari. jam. minit. saat. lebih kurang seminggu je lagi. ohmayyyyy. *die* hahahaha. seriously perasan excited tu sikit je, yang lebih tu perasaan cuak/nervous/takut nak berdepan dgn LIFE DEGREE! pengalaman-pengalaman senior semua buat aku gerunnnn nak terkucil-kucil tauuu. nak-nak lagi aku amek kos opis yg kebanyakkan lecturer2 sendiri pun tak galakkan amik. *insya-Allah doakan aku buat yg terbaik*

setakat ni aku rasa semua benda, semua dokumen dah settle. tinggal nak packing segala khazanah hutan nak angkut bawak pi melaka plak. dulu tak angkut pi loqstaq. sekarang menjelajah ke selatan plakkk. tu pun pening nak fikir. apa nak bawak. tapi tu biar lah dulu. nanti 2-3 hari nak gerak packing la siap-siap *sedapkan hati*

meh aku nak senarai semua benda yang aku dah buat ;


  • daftar online 
  • print surat tawaran
  • print yuran 
  • borang maklumat pelajar
  • laporan medical checkup
  • borang pengesahan akuan pendapatan
  • bayar yuran sebalum daftar
  • buat medical checkup
  • cuci gambarr
  • fotostat semua salinan
  • sahkan semua salinan
  • susun ikut borang check-list.

tiap-tiap hari katil akan bersepah mcm ni. *tensiiii*

kalau boleh semua benda nak settle atas katil. malas nak guna meja. haha.


buku wajib ada dengan aku dekat sebulan setia je dgn aku. 

checklist satu-satu. pastu kalut letak DONE! hehe. 


see, sampai 20 keping kauu cuci gambar. sebab aku malas dah nak cuci banyak kali. 

checklist last-last sekali. 

check-list untuk dokumen asal.

check-list untuk dokumen salinan pastu kena sahkan plak.

20 keping tauu gamabar aku. tak cukup tak tau laa.

pakai pen colour-colour baru rasa semangat nak buat keje. :)


macam biasa x-ray besar gedabakkk.

setelah di susun ikut borang check-list. lega. *tarik nafas*
baca selawat sikit supaya semua urusan di permudahkan Allah. aminnn :)


setakat ni semua benda dah settle. aku harap sangat takde benda yg aku tercicir ke tertinggal nak buat. mintak-mintak takde lah yee. cuma tinggal daftar je nanti. harap semua dipermudahkan Allah. aminnn.
sekarang ni confuse nak duduk mana sbb kiteorang tak di beri hostel. kalau nak kena mohon tapi hostel jauh sikit dari tempat belajar. ingat nak duduk apartment yayasan melaka tu je. takpe lahbayar lebih sikit sebab dekat je dari kolej. harap-harap la daftar cepat then dapat satu rumah dengan budak-budak diploma dulu. aminnnn lagiiii. :)

p/s: tengah cari ni baju kurung nak pakai pi kelas. baju masa diploma dulu ada la 5 helai rosak. *nanges aku tau* nak cari murah-murah je. mcm kat loqstaq kat CP banyak murah2 dgn cantik2. kat seremban tak tahu la kat mana. hope jumpa lah kan. nak hantar tempah mmg tak sempat sangat. beli je lah jalan terbaik. haha. bab buat duit terbang mmg laju kemainnnn. :P

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.