May 26, 2013

Taman Negara Pahang Part 1

Assalamualaikum ;

hellooooo. im backkkk. hahhhaha. fuhhh. memang lama jugak laaa tak jenguk blog ni haa. kesian. kesian. ingat dulu nak update bila masuk uitm. sekarang tinggal kenangan. mood nak update hilang terus sebab cerita dulu baru nak cerita. tak bape nak best gituuu. hahha. gambar pun bersepah-sepah. tapi kalau mood dah takde, terpaksa lupakan je. takpe laaa. kenangan tu tetap ingat sampai bila-bila. hehehe :P

sekarang ni pun nak cerita pasal pi camp kat taman negara pahang minggu lepas. such a great experienced. sumpah besttt! rasa macam nak pi lagi. seronokkkk woi! rindu nak duduk sana lagi. insya-Allah kalau ade rezeki mesti sampai lagi. terima kasih Kelab T-rex. T-rex ni under kelab Finance. tapi aku budak Osm, belasah je nak join. haha. nanti kalau ada aktiviti lagi, jangan tak ajak plak. haha. pergi pun tak plan sebab last minute. tu pun farah bg tahu hari khamis. sabtu nak gerak dah. aku pun on je laa. sebab dah lama tak masuk hutan ni. peluang bukan selalu dapat kan. naseb baik ath pun nak join sekali.

so plan asal farah cakap nak gerak jumaat malam. tapi sebab jumaat malam majoriti budak finance ade test. tunda sabtu pagi plak. disebabkan semangat punya pasal pukul 5pg dah bangun siap-siap pukul 6.30pg keluar rumah. sekali bas lambat, pukul 7.30 baru gerak. apalaa naseb. dalam bas memang sakan la tido. tapi keadaan bas sangat-sangat tak memuaskan. bas goyang-goyang. seat sempit. driver suka-suka hati je merokok. haishhh. berapa kali jugak aku tahan muntah. sabar je la kannn. janji sampai sudahhh. nak bagitahu ni aku pi sana tak bawak wallet. takde duit. takde ic. jadi pengemis jadi pati sekejap. hahhaha. cuai gilaaa. -,-

Day 1: 18/May/2013 (Sabtu)


sementara tunggu bas yang lambat, ada benda jadi sebenarnyaa. beg aku galas kat belakang tetiba masuk longkang kat belakang tu. siot beteiiii. lebih muatan agaknya. elok elok duduk sekali tetibe rasa ringgan je kat belakang. aku ath farah bantai tergelak laa. dah penat gelak baru amek naik atas pi basuh kat surau ayam. kelakar sebenarnyaa. pagi-pagi gelak sampai senak perut. hahahaha. 

sampai-sampai je ada masalah sikit sebab tapak camp full. settle punya settle last-last pihak sana offer bilik. memang tak rasa feel sgt la kan bila pi camping tapi tido balik bukan khemah. haha. tak adventure la katanyaa. dahtu nak tido mana plak kan? tepi sungai tembeling tu? takpe laa. ada hikmah sebenarnya sebab malam tu hujan lebat gila. kalau tido dalam khemah sure la basah. mmg tak boleh tido jawab dia. so amek je la bilik kan. lagipun semalam je nak tido. lepas je siap solat, makan simpan barang apalagi. mulaaa la aktiviti kan. 

sapa-sapa yang tak tahu tu, taman negara pahang ni di pisahkan dengan sungai kat tengah-tengah. antara sungai tembeling dgn sungai pahang kalau tak silap. so dari tempat kita tinggal nak pi taman negara pahang for sure kena naik bot unless kalau korang semangat nak berenang kan. wakakakka. setakat ni tak pernah lagi la orang berenang nak pi sana. hahaha. so sebelum tu kena pecah 3 group. sbb satu bot bole muat 10 orang. group kura-kura, labi-labi dengan penyu. ntah apa nama dia bg tak tahu. lucu gilaaa. satu kumpulan dapat satu abg guide. abg guide kat sini nama semua pemes bajet artis. sorang Petir, Carlito dgn K. nak pi mana je pun. duk dalam hutan je. hahaha.



ni group pertama: kura-kura. ntah pape je nama abg guide ni bagi. 

kalau boleh semua posisi nak tunjuk. hahahha. 

seronok gambar ni. abg guide buat lawak apa ntah habes semua gelak nampak gigi. 

semua tengah fokus senyum tetiba abg guide pi simbah air sungai. semua muka terkejut. 


aktiviti pertama kiteorang buat rapid shooting. sebab apa shooting? ni haa nak bagi tahu. korang duduk dalam bot then datang bot lain dia shoot korang dgn air sungai dari side tepi. perghh. kena tepat kat muka weh. mula-mula rasa nak marah. tapi lama-lama seronok gilaa. siap jerit-jerit cakap buat la lagi. kalau air deras rasa la bot tu goyang-goyang. yang abg2 guide pun apa lagi. lagi dia goyangkan bot tu ada lah. rasa mcm nak terbalik je. hahaha.  gambar kena shoot dgn air takde plak. ye laa. kang air masuk camera plak. gambar atas bot je la yg banyak. 

nanti bot kumpulan lain datang haaa amek kena shoot semua. kalau duduk tengah2 memang malang. kiri kanan depa shoot. so kamilah yang malang tu. haha. 






aktiviti kedua plak melawat perkampungan orang asli. ni lagi satu pengalaman baru buat aku. tak pernah tengok orang asli depan-depan. cakap2 dgn dia. pegang dia. haha. bajet mcm alien ke apa. jakun kan masing-masing. seronok tengok life hidup diorang. semua serba kekurangan tapi boleh je survive bertahun-tahun. ada jugak la 2-3 orang paham bahasa kita. yang lain tu kalau cakap semua buat muka blurr. dapat yang sporting syok la. dapat yang penakut nampak kita je semua dah lari. hahahha. dekat sini korang dapat 2 demo dari diorang. satu demo nyalakan api. satu main sumpit. ohh kalau korang datang, bawak la buah tangan sikit sebagai tanda terima kasih sebab diorang dah layan kita kan. selalu bagi beras, baju, gula-gula utk budak-budak. 


anak diorang ni gebu-gebu weh. gerammm je. 

ingat omputih je seksi? ni pure punye seksi. hahaha. 

depan rumah depa. kagum tengok depa semua boleh hidup macam ni.



adik ni malu-malu plak. ada satu perkataan dia cakap sampai sekarang aku tak tahu maksud dia. "hosuwau"
bila aku cakap balik diorang semua tergelak. hahaha. 


makcik ni buat gelang manik tauu. RM50 seutas. no diskaun. kelasss kauu. hahaha. 

muka-muka excited jumpa sedara-sedara baru. wakakka. :P

ngehehe. adik ni pemalu. tapi bila suruh dia buat, mesti dia ikut. masa ni aku tengah ajar high-5. memang dia buat. aku yang terkejut. :O

upah bagi choki-choki. seronok kemain. haha. 

adik ni sporting. tak takut oran. aku dukung pun relax je dia. cuma tak boleh cakap je. haha.


fokus je semua tengok demo nyalakan api. 

diorang ni nyalakan api bukan senang2 pakai lighter tau. aku nak bgtahu pun panjang sgt, tengok la video kat bawah ni. kagum gilaaa.

















habes je aktiviti masing-masing balik bilik. ingat nak rehat tapi disebabkan bilik air kena kongsi kena la berebut-rebut mandi. sebab malam kang ada aktiviti lagi. night walk kat dalam taman negara tu. mandi je makan terus gerak naik bot pi sana. kejap je. dalam 2-3 minit sampai dah. kat sana baru betul masuk taman negara. night walk kat sana dia bawak kita ronda-ronda dalam hutan je. tunjuk binatang2 yg ada. aku dgn ath ingat dia lepaskan kita sorang-sorang jalan malam-malam tu. sekali salah plak. haha.masuk sini kena ada permit masuk. sapa bawak camera kena buat permit camera. RM 5/camera. aktiviti malam tak banyak sgt gambar sebab masing-masing fokus dengar taklimat abg guide. satu-satu binatang dia tunjuk. ohh korang jalan atas trek je. tapi panas sebab kat hutan tu angin memag susah nak masuk. abg guide tu la cakap. aku percaya je. haha. 









selesai aktiviti hari pertama. yeayyyy. balik-balik je aku dgn ath gaduh cari makanan. lapar woi. naseb ada kedai. dah la aku takde duit ath plak tinggal RM10 je dlm wallet. sudahnyaa pinjam farah. haha. tak sedor duit takde tapi nak suppers kononnya. Elok je habes makan hujan kemain lebat turun. tunggu hujan reda berlari masuk bilik pastu membuta. hahaha. tunggu part 2 plak. tak larat dah taip panjang-panjang ni. terima kasih sudi baca. byeeee :D

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.