March 2, 2013

last minute mission

Assalamualaikum ;

sepatutnyaa entry ni pagi tadi nak taip, tapi masalah blog buat sakit hati jiwa raga je, terus cancel niat. padahal bole je draft dulu. *emosi ok emosi* hahahaha. ni pun last minute nak tulis entry baru. tapi bukan last minute pasal blog, tapi last minute nak settle semua benda. haha.

terima kasih flash sbb buat kulit aku clearrr. merasa la jugak even dalam gambar je. hehe :P

semalam aku dapat jugak tido awal. pukul 2 mcm tu. then bangun pukul 9 lebih (pagi k!) rasa bangga tau tak. haha. berjaya jugak la nak tido awal, bangun awal. sejak selasa lepas insyirah takmo pi sekolah, waktu tido aku tunggang-terbalik. selalu lepas subuh baru tido. selasa malam pukul 10 pagi baru nak tido. pastu bangun elok je azan maghrib. *setan ni takut azan maghrib kot. sebab azan zohor dgn asar setan wat lek je. hahha* pastu rabu plak aku tido lepas zohor bangun pun maghrib gak. then hari khamis tu baru dapat tido awal. merasa laaa jugak. sebab aku practice 2 minggu ok. baru semalam berjaya *nangis terharu* okay stop misi last minute berjaya!

misi kedua plak, dah tadi bangun awal kan, dapat la jugak settle serba sedikit keje rumah. masak mi sup utk insyirah. basuh baju 2 round okayy. naseb baik matahari hari ni tak buat perangai. sebab semalam aku basuh kasut dgn beg dgn baju seround sia-sia je sebab kena hujan. aku kan tido mati. maghrib baru bangun. sedar-sedar je menatap ampaian malam-malam. *tension je tengok air menitik-nitik jatuhhh kat baju* (rugi sabun daia, rugi softlan, rugi tenaga 4 kerat) okay, misi kedua nak buat keje rumah pun berjaya jugak!

misi ketiga: bawak turun luggage atas almari. masa bawak turun luggage ni insyirah sibuk ada. pastu dah bawak turun, pi la kat laman rumah. nak sapu segala habuk kat situ. insyirah pantang kalau dapat benda baru. last-last aku suruh je dia buang habuk kat beg tu. main-main buat keje mana nak hilang habuk. aku jugak pi amek kain lap bagi hilang habuk. takpelah, janji misi terlaksana. sebab ingat nak tunggu ayah almari tu tinggi. *bayangkan aku amek kerusi meja makan letak atas katil pastu letak kerusi duduk utk basuh baju kat bilik air tu* gila tak gila la kann. nak tunggu ayah lambat nama pun last minute kan. haha. mission complete!

misi keempat: nak cari baju kurung murah2. aku plak kene keluar rumah sebelum petang sbb petang je selalu hujan. masalahnyee insyirah takde sapa jaga. mana nak campak. sebab mak tak bagi bawak dia naik moto pi pekan. last-last drop kejap dia kat umah nenek sat. naseb la dia nak sbb puas dah aku pujuk. pi umah nenek tak ikut jalan besar, ikut shortcut so berani sikit la. tu pun mmg pelahan aku bawak. mak bising. tapi tu je nak setel masalah kan. hahaha. singgah opis mak sebab nak duit beli baju kurung. hehe. mak tak bole keluar nak teman sbb ada meeting. takpe lah mak, janji ongkosnyaa ada. hehehe :) terus gerak KM Plaza. aku ingat banyak la kedai sekali berapa je ade. dah la aku target baju murah mcm  3 pasang RM 100. 4-5 kali aku pusing-pusing nak cari baju murah punya pasal. naseb baik jumpa satu kedai pakcik ni. asalnya harga RM 100 utk 3 pasang. pastu aku bodek sikit. mintak RM 30 sepasang. dah aku amek banyak sikit, bodek lagi mintak RM 27 sepasang, last-last pakcik tu bagi RM 25 sepasang. malas kot dengar aku bodek lagi. hahha. untung weh. sebab mak bagi RM 200, ingat nak amek bnyak lagi tapi takde yang berkenan dah. cukup la 5 je. haha. ada lebih duit aku msg mak. mak cakap buat topup utk BB. hehe. mak tak tahu BIS, so panggil topup BB, comel je. terima kasih banyak mak :) so, misi berjaya lagi!

setelah di basuhhh. gedik nak tangkap jugek. haha.

misi kelima: basuh baju kurung tadi. punya laa malas okay nak basuh malam-malam. ingat nak basuh esok. tapi mak marah. buatnya esok hujan? mcm mana nak kering. mak ungkit pasal baju kena hujan arituu. okay, aku trauma, terus berlari pi basuh. haha. malas bukan apa. malas nak basuh guna tangan je. baju kurung kan kene pakai tangan, tu yg leceh. kalau pakai mesin, lama dah aku campak. cukup masa tinggal jemur je. tapi nama pun last minute, so gagahkan jugak la. bila lagi kannn. misi berjaya jugak walaupun berat hati!

misi keenam: misi paling penting sebab nak packing segala khzanah hutan dalam almari tu masuk dalam beg. penat woooo. sampai benti sat nak tgk RM. haha. sekarang 3/4 dah settle. lagi sikit je lagi. tunggu semua baju kurung tadi kering. pastu terus masuk beg. so misi ni separuh complete! esok bagi complete habis hehe. kalau bab tangguh keje, mmg feveret aku. kalau masuk exam bab ni, mesti bole score. *Okayy merapuuu*

p/s: dah, nak tido even terlewat sikit. hehe. selamat malam :D

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.